13 Sept 2011

Kerajaan Perpaduan - Pas Tuntut Jawatan Dalam Kabinet???

Beri betis hendak paha, itulah perumpamaan yang sesuai tentang gelagat pemimpin Pakatan Rakyat kini yang tak habis-habis cuba ubah apa yang selama ini termaktub dan diterima majoriti rakyat.

Terbaru, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, meletakkan tuntutan supaya BN dan PR berbincang dan menetapkan tarikh pilihanraya secara bersama, sebagai lima pra syarat sebelum PR Jawatankuasa Terpilih Parlimen pembaharuan proses pilihanraya.

Tarikh pilihanraya ditentukan oleh Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan. Mengakui bahawa tidak pernah berlaku sejarah ada satu muafakat untuk tetapkan tarikh pilihanraya, Salahuddin berkata, "kalau berlaku apa salahnya kita duduk bersama. Kita boleh buat tentang satu kerjasama untuk tetapkan bersama tarikh pilihan raya umum ke-13,” katanya pada sidang media PR pada Selasa. Berita penuh klik sini.


Komen Isac;

A ah... Salahuddin ni sibuk-sibuk nak mintak untuk sama-sama tentukan tarikh PRU, kan bagus jika terima aje cadangan Kerajaan Pusat untuk menganggotai kerajaan perpaduan. Bukan setakat boleh berbincang dan tahu bila tarikh PRU 13, nak jadi Menteri dan Timbalan Menteri pun boleh... Apa macam ada berani ke?

1 comment:

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.