28 Jul 2011

Tembelang Pecah!!! Peneroka Saman Felda Yang Untung Peguam???


Artikel lanjut klik sini.

Sebenarnya tak guna menyaman Felda sebab termaktub dalam perjanjian peneroka, bahawa mereka tidak boleh menyaman "tangan yang menyuap nasi kemulut mereka", iaitu Felda maupun Kerajaan.

Memang mesti kalah punya!!! Dalam kes terpencil di Felda Kemahang, kekalahan Felda adalah disebabkan peguambela lambat atau tidak hadir ke mahkamah.

Yang jelas Felda tidak bersifat "kuku besi" walaupun dilindungi oleh "perjanjian peneroka", para peneroka boleh membuat aduan terhadap jawatankuasa timbang-cara sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai Felda di dalam menetapkan harga belian hasil daripada kebun yang mereka usahakan.

Mungkin tidak semua tetapi biasalah... Para peguam yang tidak beretika akan melakukan apa sahaja untuk "menjana tembolok dan gaya hidup mewah mereka" waima membela pembunuh-pembunuh kejam.... dan suspek-suspek penjenayah yang kononnya dizalimi oleh pihak polis. Dapat hidup gelamour bak artis dan apabila telah terkenal boleh lah bertanding dalam pilihanraya dan mendabik diri kononnya membela rakyaat...

Dalam kes peneroka Felda ini, pastinya kemungkinan itu tidak terkecuali. Yang penting "masyuk".

2 comments:

  1. komisen broker yang menghasut peneroka dan memperkenalkan peneroka kepada peguam tersebut berapa pula, ek?
    Peguam felda tu tak datang atau sengaja tak datang? hehehe

    ReplyDelete
  2. Sangat2 betoilah contoh kolam udang di Kerpan yang masyuk tebal peguam makan haram

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.