11 Jul 2011

Sebab Sebenar Mengapa Nik Aziz Tidak Sertai Bersih 2.0???

Selain berada di tanah suci kerana mengerjakan umrah...

Nik Aziz selama inipun memenangi satu demi satu pilihanraya sehinggalah PRU 12 di atas pengawasan SPR Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai LPR Malaysia.

Justeru adalah ironi sekiranya beliau mendakwa SPR ataupun LPR sebagai tidak bersih kerana itu akan membawa maksud bahawa kemenangannya dalam kesemua pilihanraya sejak tahun 1960an lagi adalah disebabkan oleh undi pos, pengundi-pengundi hantu, pengundi bertindih dan apa sahaja tuduhan-tuduhan kotor dan jijik yang beliau sendiri lemparkan terhadap SPR....

Jadi, sebenarnya beliau turut menentang Bersih 2.0 dalam diam??? Jika benar, beliau sememangnya sangat licik! Lebih licik dari Mat Sabu dan Anwar sendiri....
"Saya nak ceritakan di sini semenjak saya sertai pilihan raya dari tahun 1967 sehingga sekarang saya tak pernah rasakan pilihan raya di Malaysia merupakan benar-benar pilihan raya. Kerana ada yang berasuah ada ugutan Macam kerja budak-budak". klik sini.
Sebab tu orang tua-tua cakap, "cakap malam dengar-dengar, cakap siang pandang-pandang".

Apapun buat TG ni beliau masih belum terlalu "tua" untuk mengundurkan diri dari pentas politik...

2 comments:

  1. Nik Aziz tk menyertai BERSIH sebab dia tahu kalau MATI pun tak Berbaloi....SEBAB kalau MATINYA SYAHID tentulah dia orang yang BERADA DIDEPAN SEKALI di medan PERJUANGAN.....BETUL TAK POK NIK...he.he..

    ReplyDelete
  2. ..ooooooooohh !!! rupa-rupanya selama ini Nik Aziz menang kerana diundi oleh pengundi hantu dan undi pos dari senarai pengundi "KOTOR" yg disediakan oleh SPR..nampaknya selama ini SPR telah bersekongkol dgn PAS dan sengaja tidak bersihkan senarai pengundi.

    Pak Pandir

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.