25 Jul 2011

PRU 13 - Kenaikkan Harga Barangan Keperluan Harian, Pembangkang Tunjukkan BN Jalan Keluar?

Media Pro Pembangkang sudah mula memalu gendang perang dengan memainkan propaganda menjelang PRU 13 tentang kenaikkan harga barangan harian untuk memancing dan membangkitkan kemarahan rakyaat terhadap Kerajaan BN!!! Klik sini.



Saranan penulis, jangan hanya pandai memanipulasi keadaan... Jika mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan nasib rakyaat, apa kata kerajaan pimpinan pembangkang di empat negeri iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor, mengawal dan memberikan subsidi kepada barangan keperluan harian.

Ianya bukan sahaja akan memberikan manfaat kepada rakyaat di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka, malah akan dapat membantu rakyaat di negeri-negeri lain yang berjiran dengan mereka.

Pastinya jika ini dapat dilakukan, peluang Pembangkang untuk "merampas" negeri-negeri lain khususnya yang berjiran dengan mereka dalam PRU 13 adalah sangat cerah!!!

Bahkan penulis percaya ramai blogger-plogger pro kerajaan juga sedia untuk beralih arah menyokong mereka jika ini dapat dilakukan.

Apapun disebabkan cakap-cakap mereka hanyalah propaganda dan retorik semata-mata, itu semua pastinya tidak akan mampu untuk mereka lakukan... Apa tidaknya, lihat sahaja negeri-negeri di bawah Pembangkang, tanpa suntikkan dana daripada Kerajaan Pusat satu apa pembangunan pun tidak mampu mereka lakukan.

Yang mereka tahu hanyalah membangkang, memfitnah, mainkan proganda, ucapan-ucapan retorik dan menghasut rakyaat menentang kerajaan sediada untuk memenuhi nafsu serakah mereka...


1 comment:

  1. diorang tak takut sebab dh masuk "syurga".... hehehe

    www.nalurirakyat.blogspot.com

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.