16 Jul 2011

Lagi Satu Bekas Panglima Anwar???


Beliau yang kini bergalar Dato' dahulunya juga adalah di antara panglima Anwar yang disayangi Anwar...

Bukan sahaja telah "digunakan" untuk mengusahakan propaganda dan memprovokasi agar rakyat bersimpati dengan "perjuangan" Anwar bahkan kepakaran Zul dalam bidang perundangan juga telah dimanfaatkan untuk "menyucikan" dirinya di mata rakyaat...

Ye lah... Pada persepsi rakyaat mana mungkin seorang peguam yang tidak lekang dengan ketayap mahu membela "peliwat dan penzina" dan pastinya mereka tidak akan mempersoalkan samada Anwar bersalah atau tidak...Benar atau salah itu soal lain... Yang penting memainkan persepsi rakyaat...

Masa itu rakyaat dan penyokong-penyokong PKR, begitu percaya dan menghormati YB Zul...

Tetapi apabila beliau berpaling dan membuka pekung Anwar....

Apabila beliau mengaku bahawa "isu racun arsenik"  terhadap Anwar 12 tahun lalu hanyalah propaganda.... Kenyataan video Yusof Qardawi bahawa Anwar "difitnah" dalam kes liwat sesuatu yang sudah dirancang dan diatur untuk mengabui mata rakyaat, apabila beliau mendedahkan perjuangan Anwar merugukan Islam dan Melayu....

Beliau terus "dilabel" telah dibeli oleh UMNO!!!

Orang tua-tua kata kalau 10 orang "kawan" yang mengatakan seseorang itu "jahat", itu bermaksud setidak-tidaknya ada sesuatu yang tiadak kena dengan orang itu...

Anwar yang mempunyai mungkin beratus kawan baik yang dahulunya sanggup mati kerana beliau tetapi kini "menentangnya" sebaliknya masih dipandang "suci" dan wajib dipertahankan oleh penyokong-penyokong dan rakyaat yang kebanyakkannya cuma pemerhati dari jauh tanpa tahu dan mengenali siapakan Anwar yang sebenarnya...


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.