30 Jul 2011

Ambiga Saran SPR Supaya Bertindak Lebih Keras Dengan Pembangkang Dalam Kempen Pilihanraya???



Polis pun dia tak hormat... X ada permit pun masih nak buat perhimpunan haram.... Kononnya mencadangkan supaya SPR boleh buat laporan polis jika berlaku 'Tak benar SPR tak ada kuasa'Menjawab kenyataan Wan Ahmad, Ambiga, sebagai penceramah kedua, memetik Seksyen 27E Akta Kesalahan Pilihan Raya untuk membuktikan bahawa SPR sebenarnya mempunyai kuasa lebih luas daripada tanggapan suruhanjaya tersebut.

NONEMenurut Ambiga, seksyen itu memberi kuasa kepada pasukan penguatkuasa SPR sewaktu kempen pilihan raya untuk "memastikan bahawa undang-undang bertulis berhubung dengan pilihan raya dipatuhi".

Beliau berhujah bahawa SPR juga mempunyai kuasa di bawah undang-undang sedia ada, untuk memanggil pihak-pihak berkuasa lain untuk membantu suruhanjaya itu dalam menjalankan tugasnya.

Oleh itu, walaupun SPR tidak mempunyai kuasa pendakwaan, ia mempunyai tanggungjawab untuk membuat laporan polis atau meminta pihak berkuasa lain mengambil tindakan, apabila berhadapan dengan kes-kes penyelewengan.

Mengikut rekod SPR Pembangkang yang selalu tidak mengikut arahan dan undang-undang semasa berlaku sesuatu PRU/PRK. Masih berkempen selepas jam 12 malam, mendirikan pondok panas, ceramah tanpa lesen dan juga "rasuah politik".

Minah ni mentang-mentang peguam, cakap pusing-pusing, bukan dia tidak nampak apa yang dilakukan oleh Pembangkang, tetapi semua tu dia tutup dua2 mata, sebaliknya hanya menunding jari kepada Kerajaan BN.




1 comment:

  1. Aku pula sarankan dia diambil tindakan tegas juga kerana:

    1. Menghina DYMM SPB kerana membelakangkan titah baginda berhubung demontrasi bersih 2
    2. Menghina mahkamah kerana melanggar perintah mahkamah kerana memasuki kawasan-kawasan tertentu yang telah dikeluarkan perintah oleh mahkamah ke atas beliau.

    Jangan nak cari salah orang. Lihat diri sendiri dulu.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.