17 Jun 2011

Islam Menolak Bukti Video, Atau Pas???


Antara sebab Islam mewajibkan menuntut ilmu dunia (fardhu kifayah) adalah agar umatnya tidak ketinggalan menguasai teknologi.

Yang hairannya mengapa bila terkena batang hidung "sendiri" ataupun "kroni",  sibuklah mereka mahukan empat saksi? Tetapi bila kena pada orang lain, kekadang mereka yang menjadi "nasi tambah".

Dalam hukum lain samada sedar atau tidak, Islam telah lama menerima kehadiran teknologi di dalam melaksanakan kewajipan harian kita.

Sebagai contoh, ulamak telah lama menerima penggunaan hisab disamping rukyah di dalam penetapan permulaan puasa dan hari wukuf???

Ulamak dahulu juga telah lama menerima penggunaan jam untuk menentukan waktu solat lima kali sehari bagi menggantikan cara sunnah iaitu merujuk kepada kedudukan matahari dan bayang-bayang?

Pada pandangan penulis yang setakat sekolah atap ini... Kita sebenarnya "bodoh" dan kurang arif di dalam mentafsir sesuatu ilmu... Inilah yang menyebabkan Islam dipandang serong...

Jadi tidakkah Utusan sebenarnya cuba membuka "minda" kita bahawa dek "kebodohan" kita mentafsir dan mengungguli ilmu (fardhu kifayah) Islam telah dipandang hina dan rendah!!! Ironinya, kartun Utusan hanya mengulangi apa yang telah disampaikan oleh TG Hj Hadi dalam pemilihan pucuk pimpinan Pas yang baru lalu. Jestru siapakah  yang sebenarnya menghina Islam???

Adalah menjadi kewajiban kita memperbetulkan keadaan ini dan setiap umat Islam akan kekal di dalam dosa sehingga ada yang memperbetulkan keadaan ini!!!

Jangan terlampau dikaburi oleh kepentingan politik semata-mata...




2 comments:

  1. Parti Agungkan Seks ni seperti biasa la cari alasan untuk rogol pompuan.

    ReplyDelete
  2. salam ISAC-bodoh tak boleh diajar dan kepandaianya tak dapat diikut.inilah manusia-manusia yang lupa daratan apabila ahli-ahli telah menjunjung mereka.apa yang saudara paparkan ini agar menjadi pelajaran kapada mereka, itu pun sekiranya mereka memakai akal untuk berfikir.jika nafsu mengatasinya maka benang basah tetap ditegakan.

    A. ALI

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.