4 Jun 2011

60 Tahun Pas Berbohong ???

Ditanya sama ada PAS sudah melupakan konsep negara Islam yang menjadi asas perjuangan parti itu sebelum ini, Abdul Hadi bagaimanapun berkata kedua-dua konsep berkenaan hanya disifatkan sebagai label atau jenama.

"Dalam al-Quran tak sebut tentang negara Islam, tapi ada menyebut tentang negara kebajikan," katanya.

Malah Abdul Hadi turut menyatakan bahawa masih belum tiba masa bagi PAS untuk melaksanakan agenda negara Islam.

"Belum tiba masanya (laksana negara Islam). Apa yang penting ialah pelaksanaan.
"Kalau letak jenama sahaja tapi tak laksana tetap tak ada faedah," katanya.

Artikel penuh klik sini. 


Komen Isac;

Jika selama ini Umno dilebelkan sebagai tidak Islamik kerana kononnya menolak penubuhan negara Islam, kini apa bezanya Pas dengan Umno?

Apakah gunanya serpihan ahli-ahli Umno keluar dan menubuhkan Pas 60 tahun dahulu???

Tidakkah penubuhan Pas sejak sekian lama hanya memecah-belahkan umat Melayu dan penganut agama Islam di negara ini???

5 comments:

  1. dah agak dahhhh.......lagi besar serban lagi besar pembohongan.

    ReplyDelete
  2. alaaaa...pas kan memang dah lama berjuang demi slogan, motto, laungan & retorik semata2??????

    mana ada bukti perjuangan Islam? kalau ada tentu mrk tak berani langsung fitnah, mencaci, menggunakan ayat2 suci AlQuran atau menipu ahli setiapkali duit disapu!!!!

    ni smua hanyalah slogan pas utk 'mendirikan negara Islam' sedangkan hakikatnya mrk tahu negara ini tidak mungkin menjadi negara Islam pas sampai bila2...cukuplah dgn menggunakan isu ini, MEREKA DAPAT MENINGKATKAN TABUNG PAS DEMI MENGISI POKET PEMIMPIN2 MRK...

    walau apa pun yg pas canangkan, matlamat pas hanya sekarang ialah DUIT DERMA & UNDI!!!! cayala.....

    ReplyDelete
  3. Hari ini adalah permulaan hari gelap bagi kaum Melayu di Malaysia.
    Dgn parti PAS dikuasai oleh puak Erdogan, maka yg menang adalah DAP yg akan menghancurkan kuasa politik orang Melayu di tanah airnya sendiri. Puak Erdogan yg telah dipilih spt Mat Sabu dan Din Puduraya akan menyokong sepenuhnya kelakuan Anwar aljuburi sebab mereka pun sama saja gila seks.
    Lebai2 PAS yg telah mengundi dah kenyangkah dgn wang sogokan Anwar? Cukup ke utk 7 keturunan?
    Dgn kebodohan Najib yg telah berkali2 mengalah dgn tuntutan2 kaum Cina.
    Tengok saja sekarang ini pelajar2 Melayu kita yg sedang belajar perubatan di Timur Tengah menghadapi masalah kewangan tidak langsung dihiraukan oleh Najib. Ini kerana kaum Melayu tak buat bising. Menteri2 Melayu pun diam seribu bahasa.
    Tak apa. BN akan tumbang pada PRU13 yg akan datang, kerana kaum Cina yg pandai akan mengundi DAP dan kaum Melayu tidak akan mengundi BN.
    Betullah teori RAHMAN.
    Anwar Ibrahim akan melepaskan dirinya dpd tuduhan meliwat apabila dia berjaya menjadi PM. Kaum Cina melalui DAP akan berkuasa sepenuhnya. Hak Istimewa kaum Melayu akan dihapuskan. Institusi Raja-Raja akan dibubarkan. Malaysia akan dijadikan sebuah republik spt Singapore. Perlembagaan Malaysia akan dipinda. Kaum Melayu akan mengemis di tanah airnya sendiri.

    ReplyDelete
  4. Pakcu Rantau Panjang4 June 2011 at 11:58

    Salam buat tuan.

    Dalam suasana politik yang menagih undi apapun boleh terjadi hingga tunggang langgang dari yang asal. Pun begitu jika sesama bangsa Melayu sanggup pula berputus arang berkerat rotan. Agaknya yang mata sepek tu boleh menyelamatkan keadaan kok.....walahaualam.

    ReplyDelete
  5. Pas macamana nak bina negara..pemimpin takda pendirian, sekejap begitu sekejap begini, pening macam mabuk todi. Nampak sangat dia orang ni mempergunakan islam sahaja, hakikatnya dia orang ni meleleh air liur lapar kuasa.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.