31 May 2011

Wanita Masa Kini Masih Belum Tentu Selamat Jika Ditinggalkan Bersama Atok???


Bekas pengerusi bank Mesir ditahan atas dakwaan serangan seksual

2011/05/31


NEW YORK: Bekas pengerusi sebuah bank utama di Mesir ditahan atas dakwaan serangan seksual terhadap pekerja di hotel Manhattan, beberapa minggu selepas bekas Ketua Pengarah Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn atas dakwaan serupa. 

Polis berkata, Mahmoud Abdel Salam Omar ditahan di Hotel Pierre pada awal pagi tadi.



Ahli perniagaan berusia 74 tahun itu dituduh melakukan penderaan seksual ke atas pekerja hotel itu dan memegang badannya ke dinding dalam bilik di hotel berkenaan.



Polis berkata, kejadian itu berlaku pada Ahad lalu. - AP 


Komen Isac;

Mengapalah agaknya lelak-lelakii yang berumur hujung 50 an ke atas sejak kebelakangan ni semakin ramai yang melakukan salah-laku seks??? Bukan sahaja di luar negara malah di dalam negara juga...

Adakah mereka yang lahir sebelum, pra dan pasca merdeka ini kurang didikan agama?

Adakah selepas 54 tahun merdeka, penjajah juga yang mahu disalahkan???

Mungkin ramai yang akan bersetuju jika penulis katakan kepimpinan melalui teladan...

Jika semakin ramai pemimpin yang ditangkap kerana melakukan kesalahan seks tetapi mereka sebaliknya menunding jari terhadap mereka yang membuat laporan, bukankah ini memberikan contoh dan teladan yang buruk kepada generasi muda?

Ibarat ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus.

1 comment:

  1. Are You Gonna Go My Way31 May 2011 at 13:20

    Agama ni bukan didikan.....tapi kene buat. Baca jer kitab...jadilah burung kakak tua.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.