12 May 2011

Turunkan Cukai Pendapatan!!! - Pengistiharan Pendaftaran Palsu dan Mengelak Cukai Wajar Dikenakan Hukuman Berat!!!

Golongan pekerja di Malaysia dan golongan majikan yang "amanah" di lihat sebagai mereka yang tertindas di negera ini.

Semakin banyak pendapatan kita semakin banyak pula yang perlu dibayar sebagai cukai kepada kerajaan. Bayangkan Jika pendapatan kita tinggi, cukai yang bakal dikenakan adalah setinggi 26%. 

Dalam kata lain hampir 30 peratus daripada pendapatan akan dipulangkan semula kepada kerajaan. Tidakkah ini memeras namanya??? Sekali imbas kerajaan akan dilihat tak ubah seperti kongsi gelap berlesen!!! Tak banyak bezanyapun dengan membayar duit perlindungan kepada kongsi gelap.... 


Justru kerajaan perlu menimbang semula struktur cukai yang dikenakan... Dalam keadaan sekarang, ramai terutamanya golongan peniaga dan mereka yang menjalankan perniagaan yang berasaskan perkhidmatan yang mengelak daripada membayar cukai. Di manakah keadilan???

Bukankah lebih baik jika cukai diturunkan tetapi semua rakyaat yang sepatutnya membayar cukai melaksanakan tugas mereka!!! Jadikanlah ia  sebagai suatu tanggung-jawab. Mungkin jumlah yang dikutip lebih banyak dan dalam masa yang sama rakyaat tidak tertekan.

Daripada apa yang saya lihat pihak LHDN boleh membuat simulasi untuk menganggarkan pendapatan setiap jenis perniagaan, daripada menjual nasi lemak, kedai runcit, pengusaha burung Walit, pengusaha kilang dan lain-lain... Dengan ini mereka akan dapat menangkap mereka yang gagal mengistiharkan jumlah sebenar pendapatan mereka.

Bayangkan pengusaha satu unit rumah kedai tiga tingkat burung Walid boleh mengutip hasil di antara RM 50,000.00 - RM 70,000.00 sebulan setahun dah RM 840,000.00 itu kalau ada satu!!! Pengusaha nasi lemak boleh memandu Mercedes S280. Klinik swasta di bandar kecil mendapat keuntungan RM 500,000.00 - 700,000.00 setahun, Bagaimanapula yang mempunyai 2-3 klinik di bandar-bandar besar? Adakah semua mereka ini mengistihar pendapatan sebenar mereka?

Daripada sumber maklumat yang saya ketahui mereka ini hanya mengistihatkan sekitar 10% atau kurang daripada pendapatan yang mereka perolehi.

LHDN janganlah tidur!!! Kerajaan pula perlu lebih "mendahulukan" rakyaat terutamanya yang taat kepada kerajaan, undang-undang dan negara!!! Jangan terus-terusan membiarkan ketidak-adilan ini terus menerus berlaku!!!


Ironinya pihak LHDN tidak bersungguh di dalam mempastikan setiap individu yang perlu membayar cukai melaksanakan tugas mereka. Ramai yang terlepas ataupun cuma membayar atas jumlah kurang 10% daripada jumlah pendapatan sebenar mereka.

5 comments:

  1. Apa yg perlu korang tau, tauke-tauke kedai ni byk menipu dalam mengisytiharkan pendapatan masing-masing. Audit pun boleh diorg olah-olah...

    Kakitangan kerajaan lak mcmana nak olah-olah hasil pendapatan coz directly appear dalam penyata gaji, sbb tu pelik jugak coz salah satu penyumbang utama hasil negara adalah dari cukai pendapatan kakitangan kerajaan. pd hal, kan byk kedai-kedai kat luar tu milikan individu yg layak dikenakan cukai pendapatan tp mengapa tak byk?

    ReplyDelete
  2. Betul saya setuju.Betul kadar cukai pendapatan perlu diturunkan dalam kesadaan sekarang dimana segala barang mengalami kenaikan harga apalagi GST akan dikuat kuasakan.Cukaipendapatn pada kadar 26% kepada yang berpendapatan tinggi menjadikan mereka berpendapatan rendah jika tinggal di bandar dengan anak yang ramai.Kerajaan perlu PRIHATIN.

    ReplyDelete
  3. bagaimana pula dgn kakitangan kerajaan yg mempunyai bisnes sampingan? contohnya seorang guru yg menjadi kontraktor sambilan. atau seorang kerani yg menjadi pemandu teksi di luar waktu pejabat? adakah mereka membayar cukai yg sepatutnya? sudah tentu mereka hanya mengisytiharkan pendapatan hakiki dlm kerajaan sahaja bukan?
    bagaimana pula dgn para menteri/wakil rakyat/golongan jutawan yg sdh pasti drpd golongan berpendapatan tinggi? mustahil mereka tiada pendapatan sampingan.
    jgn hanya menuding jari kpd peniaga kedai runcit atau klinik swasta atau syarikat guaman atau penjual goreng pisang atau sesiapa saja kerana biasanya mereka2 ini, hanya itu sahajalah sumber pendapatan mereka.
    yg penting ialah kadar cukai mesti diturunkan kerana kos sara hidup yg meningkat. sepatutnya kadarnya di bawah 10%. tidak guna rakyat membayar cukai utk membayar gaji wakil rakyat dan kakitangan kerajaan jika rakyat yg menanggung susah. yg susah bukannya rakyat berpendapatan rendah kerana mereka tidak layak dicukai, tapi golongan berpendapatn sederhana. sudahla dikenakan cukai, barang2 yg digunakan adalah sama digunakan oleh golongan pendapatan rendah dan pendapatan tinggi. daripada bil elektrik sampailah kepada barangan lain..

    ReplyDelete
  4. cara-cara mengelak membayar cukai pendapatan syarikat.

    1. membayar kepada kaum kerabat kepada perkhidmatan yang pernah berlaku.

    2. menuntut elaun peribadi dari syarikat dan syarikat membayar untuk perkhidmatan peribadi yang tak berkenaan dengan syarikat.

    3. membuat perubahan pada akaun syarikat sebelum dihantar untuk audit, jika ada keuntungan akan dibuat perubahan untuk menunjukkan keuntungan sedikit atau rugi.

    ReplyDelete
  5. Aku dah lama terfikir pasal ni.
    Pihak LHDN nampak lebih senang tangkap rakyat yang berkerja tetap saja (kjaan/swasta) sebab ada slip gaji. Kakitangan LHDN malas nak pergi siasat dan check pendapatan pihak pegusaha dan peniaga atau ketegasan mereka telah dilunakakan oleh balingan RM (harap tiada).
    Kini rata-rata kakitangan kerajaan saja yang merintih kerana perlu bayar cukai sedangkan para peniaga dan pengusaha tidak perlu memikirkannya.
    Betullah kata-kata 'tangungjawab hanya akan terpikul oleh yang bertanggungjawab sedangkan yang tidak bertanggungjawab (melawan dan menipu) akan sentiasa terlepas dari tanggungjawab.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.