11 May 2011

Kerajaan BN dan PR Sama-sama Bongok??? Rumah Ternakkan Babi di Kawasan Komersial???



Kalau penternakkan burung Walid ataupun burung layang-layang di kawasan komersial ataupun kawasan rumah kedai "dibolehkan" dan tidak dihalang oleh pihak penguasa tempatan, mengapa bela babi tak boleh???

Tidak dinafikan bahawa industri ini memberikan pulangan yang baik kepada pengusaha, bayangkan satu unit rumah kedai tiga tingkat boleh mengutip hasil sarang burung di antara RM 50 - 70 ribu sebulan. Pihak incomtax jangan pulak lupa kutip cukai!!!

Tetapi bagaimana pula dengan kekotoron najis burung, bau busuk dan kenderaan awam yang selalu diberakkan oleh burung-burung ini? Siapa yang perlu bertanggung-jawab? Pihak penguasa tempatan kah? Kerana mereka yang membenarkannya? Atau pihak jabatan pertanian?

Bagaimana pula dengan orang awam dan pekedai-pekedai lain yang berniaga, tinggal berdekatan dan berurusan di kawasan tersebut? Tidakkah bau busuk dan najis burung "menyiksa" mereka?

Bagaimana pula dengan wabak selsema burung yang mungkin boleh diakibatkan oleh kebersihan yang tidak terurus ini?

Jika hal yang sedemikian boleh dibenarkan mungkin suatu hari nanti ada pula yang membela babi di kawasan yang sama...

Mengapa tidak industri ini hanya dibenarkan di kawasan kebun dan tanah-tanah pertanian???

Kerajaan BN mahupun Pakatan Rakyaat nampaknya sama-sama "bongok"  dalam hal ini.

2 comments:

  1. betul.

    rakyat yg terlibat perlu buat aduan, sebanyak mungkin pada majlis daerah.

    bila banyak aduan, maka majlis boleh bertindak dengan tidak memperbaharui lesen.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.