5 May 2011

Di Mana Ulamak Jantan Tatkala Najib dan Rosmah Difitnah???


Semasa begitu banyak fitnah dan tohmahan dilontarkan terhadap pemimpin-pemimpin Umno/BN.... Boleh dikatakan tiada sorangpun Ulamak di Malaysia yang menjadi Ulamak Jantan dengan menemplak segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan tanpa disertakan dengan saksi, bukti video maupun bukti foto. Dalam Islam tanpa bukti ia dikira fitnah!!!

Tukang fitnah yang kononnya anugerah tuhan berleluasa memfitnah dengan disokong oleh parti yang kononnya mahu menegakkan hukum Allah s.w.t.

Kini apabila pemfitnah diaibkan" senjata sendiri, apabila "pemfitnah" dimalukan oleh bekas rakan karib mengapa pula ramai di antara ulamak yang tak berapa nak jantan baru nak bercerita pasal halal dan haram??? Bukankah ini hanya seperti, "buku bertemu ruas?"

Adakah menelanjangi maruah seseorang hukumnya haram jika ia dilakukan ke atas "Pemimpin Anugerah Tuhan" dan Pas? Sebaliknya jika mereka ini yang melakukannya hukumnya harus? Sunat muakad? Ataupun wajib?

Mengapa apabila batang tubuh Perdana Menteri DS Najib  difitnah kononnya ada hubungan sulit dengan Alantunya, ulamak-ulamak hanya diam dan berpeluk tubuh???

Sekadar bertanya... Mudah-mudahan kita semua akan mendapat faedah... Yang jelas Ulamak di Malaysia harus lebih berperanan terutamanya di dalam menyatu-padukan dan memimpin umat... Jangan dibiarkan tragedi permusuhan Saidina Ali a.s. dan Muawiyah a.s berulang.....

Jangan dibiarkan perselisihan PLO dan Hamas diteruskan!!!

Orang  Melayu/Islam mesti bersatu!!!

5 comments:

  1. terima kasih dengan artikel ini ....mudah-mudahan kita tolak ketepi ego ulamak .. hanya aku yang tau hukum-hakam agama, orang lain tak boleh tegur kerana aku ulamak, orang mesti menerima pendapat aku sahaja walaupun khilafiah kalau tidak, kafir .... dll sifat yang tidak sepatutnya ada pada seorang ulamak. biarlah semakin berilmu semakin menunduk..

    ReplyDelete
  2. kita nak cari Ulamak yg betul2 meletakan Islam diatas bukanya Ulamak yg tunduk bila berhadapan dgn Ulamak2 politik.

    ReplyDelete
  3. ulama kerajaan ni mentaliti dia macam orang kerja ofis hour..dorang lebih suka duduk dikerusi empuk daripada memikirkan masalah rakyat..

    saya pernah kritik pasal ulama macam ni dulu disini http://malaysiaheaven.blogspot.com/2009/08/ada-ulama-lagi-ke-di-malaysia.html

    mufti setiap negeri banyak senyap je..yang lantang bersuara cuma mufti perak saja..tapi kalau cuma seorang mufti sahaja yang menegur, memang payahlah nak jalan.

    ReplyDelete
  4. SEtuju banget dgn anon 08.42 di atas..ce citer ce citer lagi..eden x pandai nk komen.

    ReplyDelete
  5. Ulamak di malaysia ataupun guru agma di malaysia....bila sebut saja bb kerajaan...mereka menentangnya sama da secara terang terangan ataupun secara diam-diam ataupun penentangan melalui kuliah agama, ceramah agama ataupun tazkirah di surau dan masjid...mereka tentang dengan berbagai cara...semuanya mereka tentang...mereka juga yang merekacipta fitnah berlandaskan al-quran dan hadith...mereka menghukum kerajaan sebagai bersalah...bersalah...pemimpin kerajan bersalah, kakitangan kerjaan bersalah...malah semua yang berkaitan dengan kerajaan salah...
    yang betul dan benar dari puak bukan kerajaan...walaupun salah...di katakannya benar..inilah sifat ulama malaysia...ukuman dan pendapat mereka mengikut selera sendiri dan tidak berpijak kepada Al-Quran dan Sunnah....fitnah musuah..dedah aib musuh..halal...
    musuh dedah keburukan depa hukumnya haram...seolah-olah mereka maksum....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.