25 May 2011

DAP dan PKR Bakal Berkubur???

Jimadie Shah Othman
Mei 25, 11
2:16pm
 
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) positif masih ada sinar harapan untuk usaha perpaduan PAS-Umno kerana hasrat itu masih terbenam di lubuk hati sebahagian pemimpin kanannya.

Enggan menyatakan sokongan terhadap mana-mana calon timbalan presiden PAS, presidennya Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata, Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kedua-duanya 'OK'.

"Nasharudin OK. Tuan Ibrahim OK. Masing-masing ada perspektif berbeza dan masing-masing. Tetapi saya rasa jauh di lubuk hati kerjasama itu wujud," katanya.


Komen Isac;

Pastinya Ustaz Nasha dan Datuk Tuan Ibrahim dilihat lebih popular berbanding Mat Sabu. Walaupun dalam politik semuanya tidak mustahil, tetapi pastinya ahli-ahli Pas mahukan calon yang bukan sahaja bersih, tetapi juga perlu kelihatan bersih.

Bila ini berlaku dan jika ditakdirkan oleh Allah s.w.t. "penggabungan" dua parti terbesar Melayu bukan lagi sesuatu yang mustahi... Ibarat hanya menghitung hari....

Pastinya DAP dan PKR boleh diibaratkan seperti "cacing dalam kepanasan".

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.