2 May 2011

Bukti Anwar Bukan Lelaki Pelaku Dalam Video Seks???



Komen Isac;

Bila diteliti lelaki pelaku dalam klip video seks sememangnya beliau boleh dikatakan 100% mirip Anwar Ibrahim. Susuk tubuh, rupa paras, "kebuncitan" perut dan mungkin banyak lagi.

Walau bagaimanapun, rambut pelaku dalam klip video seks tersebut sememangnya dipotong agak nipis berbanding foto-foto Anwar yang pernah kita lihat.

Jestru ini pertama kali penulis sependapat dengan Tian Chua. Ada sedikit perbezaan... Lainlah jika di kalangan pembaca yang boleh menunjukkan bukti-bukti bergambar bahawa Anwar juga biasa ataupun sekurang-kurangnya pernah memotong rambut seperti gaya lelaki dalam klip video seks tersebut....Jika foto tersebut bertarikh Febuari 2001 mungkin ianya agak menyakinkan.

Jika tidak kita boleh membuat anggapan, ia hanyalah pelanduk dua serupa. Apapun cara terbaik untuk Anwar membuktikan beliau tidak bersalah adalah dengan bersumpah apa lagi apabila penuduh telahpun bersumpah pada hari semalam...


Tapi mungkin juga kelihatan rambut macam nipis cuma disebabkan kilauan lampu pada rambut yang dah mula memutih... Kerana bila dilihat pada foto di sebelah ini tak pulak nampak rambut pelaku dalam klip video seks tu potong fesyen rambut nipis, memang sepadan dengan gaya rambut Anwar. Apapun pesalah hanya akan terbukti bersalah apabila didapati bersalah oleh mahkamah.



6 comments:

  1. Kalau hati sudah tertutup tiada kebenaran yg bolih dilihat.
    Apa saja hujah dan penafian yg dibuat pembangkang tidak akan menambah sokongan pada PR.
    Ramai dikalangan penyokong PR percaya memang Anwar pelakon dlm video tersebut.
    Nik Aziz, Lim Kit Siang, Azizah tidak akan berupaya menyangkal kebenaran tersebut.
    Hanya masa menjadi penentu.Insyaallah.

    ReplyDelete
  2. TIAN CHUA,KESIAN WA SAMA LU,TERPAKSA CARI GAMBAR ANWAR KONON NK BUKTIKAN LAIN.AGAKNYE DEPA NI BUTE KOT.VIDEO TU TERANG GILE KOT.SAH2 LA MUKE ANWAR JELAS TERPAMPANG.ADEIII...

    ReplyDelete
  3. Ape ni....melawak ke belawok...

    Masa ni ler macam macam nama digunakan nak panjangkan cerite saja....

    Saya boleh berikan lagi nama untuk kegunaan project ini saperti..Superman..Batman...Doremon....Aziz Satar...M.Osman...Ak jainani....Jin Samsudin...Mawi...Jefri Din....Andy Lau...Nama top di Bolywood dan holiwood pun ada.
    Tapi perkaranya dah diselesaikan dengan Mahkamah Allah.....keputusannya....tunggu sajalah...yang nak tumpang mendapat kesan keadilannya pun ramai jugak....Wahai mereka yang beriman.... Takutlah akan kemurkaanNYA .
    Dia maha Mengentahui dan tiada helah melepasiNYA...Itulah kebesaranNYA.

    ReplyDelete
  4. rambut tu nampak macam nipis sbb kesan cahaya led camera night vision tu.

    sbb tu rambut tu kadang nampak normal, ada kala nampak nipis seolah botak tepi.

    sapa2 yg pernah pasang cctv night vision atau memiliki cctv jenis ni kat rumah tahu lah fungsinya tu.

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim....berikanlah taufik dan hidayahMu kepada penulis blog ini agar menulis yang baik, yang benar dan yang bermanfaat kepada umat Islam. Ya Allah... jangan kau izinkan dia menulis yang bathil dan yang fitnah...Ya Allah jauhilah kami dari azab neraka...

    ReplyDelete
  6. Itu gambar lepas mandi bukan?
    rambut lepas mandi camane? adoyai..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.