15 May 2011

Antara Menyebarkan Aib dan Melindungi Penzina Mana Lebih Dahsyat???



Pada pandangan penulis bukan setakat orang awam, malah ada di kalangan ilmuan Islam dan Ulamak juga yang nampaknya kurang faham apa yang dimaksudkan dengan larangan mendedahkan keaiban seseorang... dan apa yang dikatakan bersyubahat melindungi kesalahan seseorang...

Adakah ia bermaksud kita akan membiarkan dosa dan noda terus-terusan berlaku??? Bagaimanapula dengan jenayah lain? Juga jangan dihebahkan sehingga pelaku boleh lepas bebas?

Jika ya, tidakkah ini akan meletakkan kita sama-sama bersyubahat ataupun rakan syubahat???

Sebab itulah penulis selalu katakan betapa perlunya para ulamak dan ilmuan Islam beritihaj samaada bukti-bukti video, foto dan forensik boleh diambil sebagai bukti dalam perlaksanaan undang-undang Syariah.

Seperti yang penulis selalu persoalkan mengapa ketika batang tubuh Najib dan Rosmah diserang dengan tuduhan yang tanpa disertakan dengan empat saksi, bukti video maupun foto tulen, para ilmuan dan ulamak terutamanya dari Pas hanya mendiamkan diri walaupun dalam Islam itu jelas merupakan fitnah!!!

Malah mereka langsung tidak melarang pemimpin-pemimpin mereka dan sekutu parti mereka memainkan dan mengeksploitasikan isu tersebut!!!

Tetapi apabila timbul pendedahan lelaki dalam klip video seks dikatakan mirip pemimpin utama PKR, Nik Aziz terus mengeluarkan hujah bahawa sesiapa yang mengaibkan pemimpin tersebut tidak akan dapat mesuk ke syurga.

Sepatutnya Pas juga berminat untuk mengetahui identiti sebenar lelaki dalam klip video seks tersebut kerana jika dapat dibuktikan lelaki tersebut bukanlah Anwar, bukan setakat imej beliau dapat dibersihkan malah ianya akan meningkatkan lagi imej pakatan mereka. Sebaliknya jika lelaki tersebut sememangnya Anwar, maka Pas sepatutnya bersyukur kerana dapat mengenali siapakah beliau yang sebenarnya.

Janganlah berikan isyarat yang salah iaitu seolah-oleh Islam melindungi pesalah!!! Apapun pada pendapat penulis isu ini telah terlampau dipolitikkan.

Sepatutnya tidak kira siapapun pelaku dalam klip video seks tersebut, pelaku wajib dihukum kerana buktinya telah ada dan diketahui umum selain untuk menjadi pengajaran pan pedoman kepada kita semua.

2 comments:

  1. Benda/hukum yg dh ada dlm al-Quran tak perlu lg ijtihad ulama krn dh clear. Isu larangan mengaib org lain pun dh jelas, ada dlm al-Quran jd tak perlu dipersoal lg,jika persoal hukumnya pun dh jelas - syahadah semulalah kita. Klu kita nak benteras maksiat tak perlulah dok jaja video tu, yg perlu panggillah saksi pi tangkap, dakwa & hukum - settle. Ini pelik kenapa makhluk yg ada sama dlm bilik tu tak buat apa2 utk menghalang drpd berlakunya maksiat? Kenapa bila ada video barulah cakap psl moral? Apakah moral beliau yg turut bersubahah dgn maksiat? Adakah sumpah beliau diterima sedangkan beliau jg terlibat menganjurkan maksiat? Mmglah hak Allah swt utk menentukan syurga & neraka tp dlm al-Quran telah dinyatakan sifat2 ahli bg kedua2 tempat tu contohnya jika kita buat salah ke seseorang ditakdirkan meninggal sblm org tersebut memaafkan kita jawabnya tak berbau syurgalah kita. Pokok pangkalnya ISAC, kita perlu belajar bab2 agama ni, jgn dok ikut akal kita yg cete - rosak agama kita.

    ReplyDelete
  2. Salam Anon 17:21,

    Terimakasih di atas nasihat. Kalau bab solat, puasa dan hukum yang lain yang jelas memanglah tak boleh diijtihajkan lagi. Tetapi perkara yang ada kaitan dengan bab jenayah di mana bukti berasaskan teknologi boleh membantu mengapa tidaak digunakan?

    Sebagai contoh dalam kes Nabi Allah Yusuf a.s. bukti forensik telahpun digunakan... Mana ada empat saksi dalam kes baginda?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.