14 Apr 2011

Teka-teki Lelaki Dalam Kelip Video Seks Bakal Terjawab???


Akhinya penantian berbagai pihak terjawab pada Khamis selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis sudah mempunyai cukup bukti untuk mengenal pasti identiti lelaki di dalam video seks yang heboh diperkatakan itu.

Bagaimanapun siasatan terhadap skandal yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka selesai minggu depan.

"Polis ketika ini sedang membuat pengesahan mengenai siapakah pemilik jam Omega yang diserahkan kepada polis,"katanya pada wartawan Khamis.

Ditanya samada perempuan di dalam video tersebut dapat dikesan dan disoal-siasat, kata Ismail, "Polis berjaya menemubual semua yang terlibat dalam video seks tersebut,".

Bagaimanapun, polis belum menamakan individu yang sudah dikenal pasti itu.  Artikel sepenuhnya klik sini.



Komen Isac;

Cakap banyak-banyakpun tak guna....Sama-samalah kita tunggu....



No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.