21 Apr 2011

Bertanding di 49 Kerusi Dun Sarawak Berbanding 71 Jumlah Keseluruhan - Bukti PKR Tamakkan Kuasa???

Tamak??? Itu sememangnya antara ciri utama PKR.

Jumlah ahli berdaftarnya sehingga ke hari inipun masih menjadi tandatanya!!! Walaupun PKR mencanangkan mempunyai 400 ribu ahli berdaftar, mereka yang mengundi pada pemilihan parti kurang dari 10%. Malah menurut bukti-bukti yang dikutip semasa pemilihan parti dan telah didedahkan kepada umum, ramai yang didapati telah mengundi lebih dari sekali.

Yang jelas PKR memang bercita-cita besar... Mereka mahu menguasai tampuk pemerintahan negara. Ini tidak menghairankan kerana pemimpin utamanya iaitu DSAI dilihat masih memendam angan-angan untuk menjadi PM. Walaupun masalah peribadinya dipersoalkan dan terpalit dengan berbagai-bagai skandal yang mungkin merugikan negara, itu bukan halangan buat beliau. Keutamaan hanyalah untuk dirinya sahaja sementara kepentingan rakyaat dan negara bukan masalahnya.

1 comment:

  1. aku yakin duit pilihanraya turun daripada PKR sbb tuh PKR dapat banyak seat, tapi DAP dah kata next round tempat iban mereka nak lawan..mungkin sebab masa tuh duit dah tak turun drpd PKR sebab omega dah kena tahan!!!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.