7 Apr 2011

Apa Beza Video Lucah "Anwar" Dengan Menuduh Najib Punyai Skandal Dengan Alantunya???



Tidak dinafikan "pembunuhan karektor" musuh politik, dengan mendedahkan skandal peribadi mereka, samada benar atau fitnah adalah sesuatu yang sangat tidak berhemah ... 


Cuma penulis berasa pelik, mengapa jika ianya berlaku terhadap batang tubuh Anwar maka ramai yang akan melenting!!!

Tetapi jika tuduhan yang serupa dilemparkan oleh pakatan terhadap pemimpin-pemimpin Umno/BN, tidak ramai yang tampil untuk memberikan pembelaan....

Walaupun tuduhan yang mereka lemparkan hanya bersandarkan kepada andaian, persepsi liar maupun fitnah semata-mata....

Walaupun yang difitnah adalah pemimpin nombor satu negara...

Mengapa pemimpin-pemimpin Umno/BN tidak mendapat pembelaan yang sama???

Kepada sesiapa di luar sana, berlakulah dengan adil dan jujur.... Islam bukannya ambil suku dan buang suku...

Secara terang-terangan dalam ceramah-ceramah pembangkang, mereka mengaitkan Najib dengan Alantunya... Menuduh mereka sebagai "pasangan zina"!!! Apa pula hukumnya??? Adakah kerana Najib Presiden Umno maka "memfitnahnya" menjadi "wajib ataupun "sunat muakad"???

Anwar juga pernah menuduh, mendiang Teo Beng Hock telah dibunuh oleh SPRM atas arahan Umno/BN....

Bukankankah itu juga satu fitnah yang jahat??? Menuduh tanpa menghadirkan empat saksi???

Jika Anwar perlukan pembelaan mengikut lunas-lunas Islam, apa istimewanya beliau untuk membolehkan beliau "memfitnah" pemimpin-pemimpin Umno/BN dengan sewenang-wenangnya???

Adakah kerana "beliau adalah anugerah tuhan"??? Maka beliau "maksum" dan boleh melakukan apa sahaja???

5 comments:

  1. bro...
    najib tak pakai tuala pun nak di fitnah...
    lain lah kalau ada yang pakai tuala baru cerita..konspirasi.......

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn anon di atas wakakaka..Penjilat anawar sikit2 jerit najib altantuya!najib altantuya!najib altantuya! Mana buktinya?? Gambar? Video? Suara? Habuk pun tarak!

    ReplyDelete
  3. kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih, pantun 2 kerat ni sesuai sepanjang zaman. TAPI!! ada sambungannya di zaman ini, membuat fitnah kat orang boleh, kena sendiri banyak plak dalih...

    ReplyDelete
  4. dia selalu fitnah ...sekarang dah mula nampak memakan diri....

    ReplyDelete
  5. najibur tu kan waliumno... mana ada buat kerja maksiat dari sejak lahir lg, maksumla katakan... tambahan kewalian najubur ni... amat terserlah dengan kesaboran terhadap gelagat ganas first lady rosmahnya.... kadang2 rakyat tengok kesian jugak ... jib suami dayyus misali katakan.... tiada tandingan didunia ini ..... rakyat nilailah sendiri!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.