22 Mar 2011

Lagi Bukti Rakyaat Didahulukan!!!

Pesara skim KWSP diberi kemudahan perubatan percuma
March 22, 2011
PUTRAJAYA, 22 Mac — Penjawat awam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara pada umur wajib atau mengikut Seksyen 6A (6), Akta 227/239 termasuk anggota keluarga tanggungan mereka layak menerima kemudahan rawatan perubatan percuma.
Keputusan kerajaan yang berkuatkuasa mulai tarikh semasa itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 di sini hari ini.
“Ia sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam yang telah berjasa,” katanya.
Najib berkata pelaksanaan pemanjangan kemudahan rawatan perubatan percuma kepada pesara skim KWSP itu, hanya diberi kepada anggota perkhidmatan awam di bawah skim KWSP yang dibersara wajib oleh Kerajaan Persekutuan, atau Negeri atau Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan.
Ia bagaimanapun tidak merangkumi mereka yang meletak jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri, kata Najib. — Bernama

Komen Isac;
Kini kakitangan awam sudah boleh tersenyum lega... Sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah beberapa kali gaji asas mereka diselaraskan sehingga menyamai atau lebih baik daripada kakitangan swasta....
Guru-guru juga boleh menarik nafas lega kerana dengan pendapatan yang baik "jawatan tersebut" kini juga semakin dihormati dan "digilai" oleh para remaja....
Malah dengan gaji yang lumayan, caruman KWSP, bayaran gratuity (selepas pencen) dan terbaru perubatan percuma, pastinya menjadikan kehidupan mereka lebih selesa dan terjamin.
Maka sudah semestinyalah kakitangan awam perlu mempertingkatkan mutu kerja mereka agar menjadi contoh yang baik kepada genarasi muda di samping mendapat penghormatan daripada rakyaat.

1 comment:

  1. Salam Tuan, mohon perkenan oleh kerana kita kian hampir PRU ke13 kalau sudi link kan blog saya kedalam blog Tuan.

    Saya ingin memberikan sumbangan sekadar yang termampu, manalah tahu jika artikel saya dapat memberi manfaat kepada kita semua demi kesejahteraan hidup dibumi yang tercinta ini

    Ini link blog saya, http;//www.KemBalakEnterprise.blogspot.com

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.