18 Mar 2011

Kerajaan Pas Kelantan Pertimbang Penjualan Tiket Loteri - Tapi BN Dipersalahkan???

Kelantan sedia mengkaji semula larangan penjualan tiket loterinya bersandarkan tafsiran penasihat undang-undang negeri mengenai isu itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, lapor TV Selangor.

Dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari, semalam - menteri besar itu berkata tafsiran penasihat undang-undang negeri amat penting kerana isu itu turut membabitkan enakmen kerajaan persekutuan.


NONENik Aziz sebelum itu menemui rombongan Pakatan Rakyat bagi membincangkan larangan penjualan tiket loteri di negeri itu yang menjadi modal politik terbaru MCA dan rakan parti komponen BN.

Pengeluaran tiket loteri dan lesen judi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan Umno-BN sungguhpun penjualannya adalah tertakluk kepada undang-undangan pihak berkuasa tempatan.

Nik Aziz mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke, Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Liew Chin Tong, Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Nur Manuty dan Setiausaha Agong PAS Datuk Mustapa Ali. Berita lanjut klik sini.


Komen Isac;

Kenapa semasa kerajaan persekutuan berura-ura membenarkan judi bola, Pas termasuk DAP beriya-iya menentang?

Ianya juga di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan! Malah jika alasan untuk membenarkan penjualan loteri atas alasan Loteri "big sweep" tidak memerlukan permis perniagaan jestru sukar untuk dibendung, kegiatan judi bola lebih canggih di mana jpelanggan hanya perlu membuat panggilan telefon!!!

Bagi penulis, janganlah cakap berbelit-belit kerana mahu menegakkan benang yang basah.... Yang jelas, kini Pas mengakui bahawa kebenaran berjudi oleh kerajaan BN buat mereka yang bukan beragama Islam ada benarnya.  

Apakah mungkin selepas ini rumah-rumah urut berlesen juga bakal dibenarkan di Kelantan???

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.