28 Mar 2011

Isu Klip Video Lucah - Anwar Bakal Berundur?


Masa untuk Anwar berundur
http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8909665.asp
SHAH ALAM - Sudah sampai masa bagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur daripada kancah politik negara.

Itulah pendapat pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nidzammudin Sulaiman berikutan pendedahan video seks yang didakwa membabitkan pemimpin nombor satu Pakatan Rakyat (PR) itu.

Dr Nidzammudin berkata, meskipun Anwar belum dipastikan terlibat dalam skandal itu, sedikit sebanyak ia akan turut memberi kesan bagi imej dan reputasinya berdasarkan rekod sedia ada termasuk perbicaraan kes liwat yang sedang berlangsung di mahkamah.

"Orang akan jadi muak. Ini tidak kira sama ada beliau bersalah ataupun tidak kerana bagi seorang pemimpin politik, apa yang lebih utama adalah kepentingan rakyat, bukan permainan politik yang berulang-ulang.

"Kerana itu, saya fikir sudah sampai masa bagi Anwar berundur. Jika beliau mahu menjaga namanya sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri, adalah lebih baik bagi beliau memberi tumpuan kepada isu-isu bukan politik melibatkan kepentingan masyarakat termasuk membimbing generasi muda kerana saya percaya, beliau masih diminati dan dikagumi ramai anak muda," katanya.

Menurutnya, setiap individu termasuk pemimpin besar seperti Anwar ada had tertentu dalam berjuang untuk mempertahankan sesuatu.


Komen Isac;

Sesuatu yang penulis yakin Anwar tidak akan lakukan... Kerana apa? Walaupun DSAI dilihat sebagai seorang pemimpin besar dan berpengaruh sehingga ke pentas dunia, tetapi beliau tidak mempunyai "jiwa besar" seperti Tan Sri Lee Lam Thye, yang sanggup meninggalkan dunia politik dan benar-benar "berkhidmat" untuk rakyaat...

Jika tidak masakan demi kerana jawatan PM dan perasaan dendam kesumat terhadap Umno/BN beliau sanggup membelakangkan kepentingan orang Melayu/bumiputera...

Seorang pemimpin perlu tahu bila mereka harus mengundurkan diri dan tidak menyalahkan orang lain di atas kesilapan sendiri...

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.