31 Mar 2011

Bukti DAP Memang Kaki Fitnah???

Bekas ketua DAP Nibong Tebal diarah bayar saman fitnah kepada penyelaras MCA

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini memerintahkan bekas ketua bahagian DAP Nibong Tebal, Sakura Teh Hock Yong, membayar saman fitnah RM375,000 kepada Penyelaras MCA kawasan Dewan Undangan Negeri Jawi, Tan Cheng Liang.

Hakim Datuk Zakaria Sam membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam bela Lee Khai yang mewakili Tan manakala Teh, yang tidak diwakili peguam, tidak hadir.


Hakim Zakaria menetapkan ganti rugi am sebanyak RM300,000 manakala RM75,000 adalah bagi bayaran ganti rugi teruk dan teladan, dengan faedah empat peratus mulai Mei 2005 hingga hari ini.


Komen Isac;

Bukan setakat kaki fitnah malah, mereka menjadi "dalang" memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.... Tony Pua juga wajar disaman oleh Kementerian Pertahanan gara-gara telah memfitnah mereka di dalam pembelian kapal-kapal perang TLDM yang baru....


1 comment:

  1. Salam ISAC,

    nasib DAP memang baik dan bertuah dapat bergerak di Malaysia ini bro, kalau kat Myanmar DAP buat seperti apa yang dia buat kat Malaysia ini saya rasa sudah lama Lim Kit Siang, Lim Guan Eng atau Karpal Singh kena perintah tahanan dalam rumah seperti yang kerajaan junta buat pada aktivis pro-demokrasi Aung-San Sui Ki

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.