9 Feb 2011

Protes Main Bakar-bakar!!! Selepas Interlok, Kini "My Balik Pulau" Kena Bakar!!!

Sekumpulan NGO Melayu yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Bela Hak Insan (Gabungan) bertindak membakar buku kontroversi 'My Balik Pulau' di Pulau Pinang hari ini.

Gabungan tersebut diwakili oleh Persatuan Anak Jati Melayu, Badan
Anti-Islam Liberal, International Islamic Propagation Society dan Sekretariat Dakwah - kesemuanya dari Pulau Pinang.




Presiden Gabungan, Mohamed Nordin Mohd Nor (foto, tengah) berkata, buku tersebut memang mengandung unsur sejarah palsu dan menghina orang Melayu di Pulau Pinang.


Menurutnya, buku itu sengaja diterbitkan untuk memadam sejarah awal orang Melayu di Balik Pulau. Artikel penuh klik sini.


Beliau menganggap penerbitan buku itu merbahaya dan mempunyai motif politik dan rasis.



Komen Isac;

Budaya protes main bakar-bakar.... Jangan bakar penerbit atau pengarangnya sudahlah... Lagi satu jangan kena tangkap dengan KDN pulak... KDN ni kalau bab protes lawan pembangkang cepat aje dia tangkap... Tapi kalau dengan pembangkang buat macam tak nampak aje.... Maklumlah pembangkang ni kan ada ramai peguam... Silap tangkap karang kena saman...


Apapun bukan mudah nak duk di KDN, tangkap salah tak tangkap pun salah....


Silap haribulan jadi macam kat Mesir boleh tumbang pulak pemerintah dibuatnya. Dalam dunia sekarang ni, betul atau tidak itu soal lain... kalau ada yang pandai mengambil kesempatan dan mempolitikkan keadaan orang tersebut akan diangkat sebagai "Tuhan".  Apa yang dia kata dan cakap maka penyokong-penyokongnya akan percaya dan diterima rakyaat.


Orang macam tu memang ramai dalam pakatan pembangkang!!! Semua yang kerajaan cakap walaupun betul dia orang kondem....


Setakat hari ini Lim Guan Eng masih menafikan kaitan beliau/DAP dengan penerbitan 'My Balik Pulau'.


Nasihat penulis cari bukti dan dedahkan aje... Itulah senjata yang paling ampuh di dalam melawan strategi pembangkang yang begitu pandai bermain sandiwara ni... 

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.