5 Jan 2011

Umno Johor Takutkan Anwar???

BN 'peluh dingin' bila Anwar di pentas ceramah
Kuek Ser Keng Kuang
Jan 4, 11
3:30pm

NONEDi sebalik reputasi sebagai kubu kuat BN, kehadiran ketua umum PKR untuk kempen pilihan raya kecil Tenang menimbulkan peluh dingin di kalangan pemimpin BN.

Di dua ceramah malam tadi, polis terus bertindak sebaik sahaja Anwar mengambil tempatnya untuk berpidato.

Sebagai kontras, ucapan beberapa pemimpin Pakatan rakyat yang lain tidak dihiraukan dan dibiarkan berlarutan.

“Bila pemimpin lain berucap, tiada ganguan. Bila Anwar berucap, polis akan terus menganggu dan menghentikannya.

“Umno Johor cukup gusar dengan kehadiran Anwar kerana beliau cukup berpengaruh di sini, khususnya ketika menjadi timbalan perdana menteri,” kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman.
Komen Isac;

Mungkin itu ada benarnya... Bukan setakat Umno Johor takutkan Anwar, bahkan tuan DO, Setiausaha Majlis, polis, mahkamah, dan semua institusi-institusi kerajaan dan rakyaat Malaysia.

Jika tidak masakan bila umno membuat ceramah walaupun dengan adanya permit, semua bendera-bendera Umno/BN diturunkan oleh pihak berkuasa tempatan???

Jika tidak masakan walaupun SPRM menyatakan  belum boleh berkempen di PRK Tenang, Anwar telah datang memberikan ceramah di Johor dan pada 6 Januari ini pula akan berceramah di Labis???

Jika tidak masakan kes "Liwat II" boleh tertangguh sehingga bertahun-tahun...

Jika tidak masakan beliau boleh menuduh yang bukan-bukan tanpa bukti, PM terlibat bunuh Alantunya, SPRM/Umno bunuh Teoh Beng Hock dan lain-lain lagi???

Bukti pihak penguasa tempatan takutkan Anwar??? Klik sini.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.