4 Jan 2011

TG Nik Aziz Jumpa Najib & Yang Dipertuan Agong - Berita Baik Buat Rakyaat Kelantan & Malaysia???

Abdul Rahim Sabri
Jan 3, 11 6:12PM
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan hasil pertemuan itu demi menjaga peraturan yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pemimpin.


Komen Isac;

Dengar cerita, mereka dok cerita pasal wang ikhsan minyak ataupun tuntutan royalti Kelantan... Jika benar, baik untuk anak-anak negeri Kelantan. Juga baik buat rakyaat Malaysia yang lain kerana jika negeri Kelantan bertambah makmur, kita mungkin boleh merantau mencari peluang-peluang rezeki di sana.... Buat yang biasa ke Kelantan, sesekali pergi lah makan nasi kerabu atau nasi berlauk daging/ikan/ayam bakar kat kedai "Abe Ye" di simpang berdepan dengan stesyen bas Tumpat. Sodap....

Jika mereka berbincang tentang "perpaduan Melayu" pun kan lagi bagus kerana sebagai kaum terbesar di negara ini, jika kaum ini tidak bergaduh manfaat akan lebih dirasai kerana, adalah lebih molek jika "usaha" dan "sumber" yang digunakan untuk "bergaduh sesama-sendiri" itu digunakan untuk membangunkan ekonomi dan negara untuk faedah semua???

7 comments:

  1. Aku sememangnya & sesetuju sesangat sangat kalau PAS & UMNO ni bergabung...boleh untungkan orang melayu dan bangsa2 lain...dari bergabung dgn pakatan haram jadah tu...yg lebih pentingkan anwar je.

    ReplyDelete
  2. Ada pantun Melayu,

    Kalau masuk,di tengah ruang
    Papan tak pecah, di alun bayu
    Ikan busuk, jangan di buang
    Buat perencah, si daun kayu.

    Kalau N.Aziz nak bergabung ....Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. nasi kerabu nge nasi dage kat mano2 pun ado sekare ni...

    ReplyDelete
  4. Kecil tapak tangan,Kelantan aku tadah kan.

    ReplyDelete
  5. Bersatulah Melayu Islam demi kesinambungan kaum Melayu.

    ReplyDelete
  6. PAS ni kalau buat baik dgn UMNO pun ada hikmah, at least belajar dgn UMNO pentadbiran negara buat future to come kalau UMNO dah berkubur mcm PKR kata. Jadi kepentingan org melayu dgn islam terpelihara dan ada rasa hormat dr pemimpin dr kaum lain bukan DAP.

    ReplyDelete
  7. Kalau PAS dan UMNO bersatu, semakin hari, semakin baik berita dari Malaysia. Pertama, Wikileaks confirmkan si Brader Anwar ni peliwat. Kedua, Khairy tak akan bertanding, dan jika muzakarah, alhamdulillah, inshaAllah, akan martabatkan Islam di Nusantara

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.