31 Jan 2011

Solat Hajat Penyokong Pas Lawan Solat Hajat Penyokong Umno??? Ada Berani???


Selama ini ahli-ahli, penyokong-penyokong dan pemimpin-pemimpin Pas begitu bernafsu untuk membuat solat hajat dan berdoa agar Allah s.w.t. menjahanamkan Umno!!! Yang kononnya menentang Islam!!! Menindas kerajaan Islam!!! Menindas rakyaat!!!

Mungkin banjir besar yang sedang melanda negeri-negeri di selatan tanahair sekarang ini akan dikaitkan dengan betapa mustajabnya doa dan solat hajat mereka....

Bagaimana pula jika selepas ini Umno dan ulamak-ulamak pro Umno pula yang menganjurkan solat hajat dan berdoa secara besar-besaran sebagai balasan terhadap doa dan solat hajat yang telah dilakukan terhadap mereka???

Beginikah umat akhir zaman yang saling mendoakan bala dan "doa pecah perut" terhadap saudara mereka??? Bagaimana jika perlakuan kita nanti hanya akan mengundang murka Allah s.w.t dan beliau menurunkan bala kepada kita semua atas keterlanjuran yang kita lakukan???

Bagaimana jika bumi kita diterbalikkan dan kita digantikan dengan umat yang lain??? Sebagaimana yang telah berlaku terhadap umat-umat yang terdahulu???

Sehingga ke saat ini penulis masih tidak nampak mengapa umat Islam/Melayu perlu berpecah belah!!! Penulis tidak nampak Islam ditindas di bawah kerajaan pusat.

Jika benar Islam ditindas mengapa ustaz-ustaz dan para cendikiawan Islam diletakkan ditempat yang tinggi dan bergaji besar??? Mengapa sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi milik kerajaan mewajibkan mata pelajaran agama???

Masih banyak ruang-ruang dakwah yang boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya...tetapi masih belum diisi... Mengapakah perbazaan yang kita cari walhal diri kita sendiri masih tidak sempurna??? Ramai pihak sebelah sana yang menasihati penulis bahawa penulis akan dipertanggung-jawabkan di akhirat nanti kerana selama ini menyerang Pas!!!

Penulis juga ingin bertanya kepada mereka, apakah yang telah mereka perbuat selain menunding jari menyalahkan Umno, caci-maki, umpat-keji, fitnah dan sebagainya???

Adakah cukup sekadar bertempik mendakwa mereka dari parti Islam, walhal Umno yang selama ini dilebel sebagai "toughut", kafir dan munafik lah yang telah bertungkus-lumus menegakkan Islam???






3 comments:

  1. puak pas ni sebenarnya dah tak ada modal lain..cuba kita lihat, sejak dahulu lagi modal pas hanyalah isu hudud..selain itu hanya cerita cerita fitnah saja..

    untuk mendapatkan sokongan, mereka hanya gunakan agama sebagai topeng. semuanya untuk menunjukkan mereka ini lebih baik agamanya dari kita..sedangkan perbuatan mereka langsung tidak mencerminkan orang yang beragama islam.

    ReplyDelete
  2. Masih tidak sedarkah lagi penyokong2 PAS bahawa doa mereka tidak diterima oleh ALLAH SWT? Sesungguhnya Nik Aziz itu cuma makhluk
    ALLAH seperti kita semua..Semuga ALLAH memelihara Malaysia dari diperintah oleh orang2 yang munafik..

    ReplyDelete
  3. tak tau nak cakap apa...masing2 orang berugama.. lebih tau tentang agama... tapi perbuatan seolah olah tak berakal dan beriman... nauzubillahhiminzaliq

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.