19 Jan 2011

Selepas PRK DUN Tenang, PKR DUN Pelabuhan Klang Pula???

Speaker Selangor umum kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong

Oleh Shannon TeohJanuary 19, 2011SHAH ALAM, 19 Jan — Kerusi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang kini kosong selepas wakil rakyatnya Badrul Hisham Abdullah tidak hadir sidang selama enam bulan, kata Speaker Datuk Teng Chang Khim hari ini.

Teng berkata Badrul Hisham yang keluar PKR Oktober 2009 sebelum menyertai Umno tidak hadir sidang Dewan Undangan Negeri sejak 15 Julai lalu dan oleh itu, ia dianggap kosong berkuat kuasa 16 Januari.

Artikel 69 Perlembagaan Negeri memperuntukkan bahawa seorang wakil rakyat yang tidak hadir selama enam bulan mesti mengosongkan kerusinya.

Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya akan menentukan sama ada kerusi itu kosong dan perlu diadakan pilihan raya kecil.


Komen Isac;

Nampak gaya dah beratus juta habis untuk menganjurkan PRK, semenjak PRU 12 yang lalu... Apapun sekiranya PRK tersebut bukan disebabkan kematian atau masalah kesihatan YB sediada, sepatutnya YB yang terlibat digantung seumur hidup daripada menjadi calon dalam pilihanraya yang akan datang kerana telah membazirkan wang rakyaat.






No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.