8 Jan 2011

Sah Anwar Perlu Tunggu Lebih Lama Lagi Untuk Jadi PM???

Tak perlu adakan pilihan raya dalam masa terdekat: Dr Mahathir

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Takperluadakanpilihanrayadalammasaterdekat_DrMahathir/Article2011/01/06

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Pilihan Raya Umum ke-13 tidak perlu diadakan dalam masa terdekat, meskipun wujud pelbagai isu politik yang hangat tahun lalu.

"Sama ada pilihan raya umum perlu diadakan dalam masa terdekat, ataupun tidak, masalah seperti ini (isu politik panas) akan tetap timbul juga.


"Adakah kerajaan bersedia mengadakan pilihan raya umum lebih awal (dalam senario politik sekarang)," katanya ketika ditanya sama ada pelbagai isu hangat yang melanda negara tahun lepas dan awal tahun ini menjadi petunjuk bagi pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.


Komen Isac;

Penulis pun sokong saranan Tun Mahathir ni, buat apa nak buat PRU awal-awal...Masih ada dua tahun lebih mandat yang diberikan rakyaat sebelum ni. Janganlan bila "musuh" memalu gendang, kita  pula yang nak menari...

Lagipun kerajaan negeri Kedah, Selangor dan Pulau Pinang pun dan membuat kenyataan bahawa mereka mungkin tidak akan turut serta jika PRU dijalankan awal. Mereka pun tahu takut sebenarnya...

Segala yang mereka nyatakan seperti rakyaat menolak Umno/BN hanyalah merupakan propaganda mereka untuk menarik perhatian rakyaat dan menakut-nakutkan pemimpin Unmo/BN... Yelah mana tahu kalau-kalau umpan mereka mengena....

Jika PRU diadakan lebih awal, negeri-negeri di bawah Pakatan tidak akan mengikutinya sebaliknya mereka boleh menumpukan kesemua "resources" mereka dalam usaha untuk "merampas" negeri-negeri di bawah pemerintahan Umno/BN... Jika ini berlaku siapa yang rugi???

Selain daripada itu ia juga merugikan wang rakyaat dan dana milik negara!!!

Jestru Anwar perlulah menunggu lebih lama untuk jadi PM, itupun jika Pakatan menang dalam PTU 13 nanti dan itupun jika Karpal dan para peguam kes liwatnya tidak "belot" semasa proses perbicaraan..... Silap-silap haribulan orang lain yang jadi PM dan Anwar pula dihantar kembali ke Sungai Buloh!!!

2 comments:

  1. Bak kata orang Cina dia perlu menunggu di kelahiran 'KEDUA' untuk mencapai matlamatnya.. hurrmmm

    ReplyDelete
  2. Bukan lebih lama tapi tidak akan kesampaian sampai bila bila la... Rakyat Malaysia sudah makin menyampah dengan mat kaki kelentong ini.. PAKATAN KLENTONG RAKYAT (PKR)

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.