9 Jan 2011

Rahasia Disebalik Pertemuan di Istana Terengganu???



Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, langkah itu bertujuan menghormati Yang di-Pertuan Agong kerana pertemuan itu dibuat secara tertutup.


"Kita harus hormati persefahaman mengenai pertemuan itu, dan Yang di-Pertuan Agong mahu supaya ianya satu pertemuan tertutup. Saya hormati permintaan itu."
Ada persefahaman untuk tidak dedah apa yang dibincangkan dalam pertemuan antara pemimpin tertinggi UMNO dan PAS atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu Kuala Lumpur 24 Disember lalu.


"Saya dan rakan-rakan lain dari pimpinan PAS menghormati jemputan Yang di-Pertuan Agong, sebab itulah kami hadir. Itu sahaja. Tiada komen lagi,” tambahnya.


Komen Isac;

Pelik jugak... Bila semuanya senada.... Kalau bab "nikah kahwin" cara orang Melayu, diam tu tanda bersetuju.....

Tak pernah lagi dalam sejarah TG Nik Aziz menghadiri sidang akhbar dengan membawa kertas teks ucapan, beliau lebih banyak mendiamkan diri dan sebaliknya TG Hj Hadi yang lebih banyak bercakap...

Pada pandangan penulis mesti ada suatu perkara "baik" yang cuba dirahasiakan...Yang pasti penulis percaya majoriti orang-orang Melayu/Islam di Malaysia setidak-tidaknya mengharapkan agar ianya berlaku...

Kalau adapun yang menentang penyatuan dua part ini pastinya mereka mempunyai kepentingan peribadi....

2 comments:

  1. Salam,
    Mohon link ke blog tuan untuk berkongsi perjuangan.
    T kasih.

    ReplyDelete
  2. LUPAKAN LAH SENGKETA DAN PERSETERUAN LAMA DEMI MASA DEPAN AGAMA DAN BANGSA....SESUNGGUHNYA KITA SEMUA ADALAH BERSAUDARA...SAUDARA SEBANGSA DAN SEAGAMA....IKATAN ITU AMAT KUAT...SESUNGGUHNYA PERPECAHAN ITU ADALAH MUSIBAH YANG AKAN MELEMAHKAN KITA, YANG AKAN MEMBUKA RUANG PIHAK LAIN MENGAMBIL KESEMPATAN ...AYUH HULURKAN SALAM PERSAUDARAAN YANG IKHLAS DAN KUDUS....SEBENARNYA KAMI HAMBA RAKYAT SEMUA TERLALU RINDUKAN SAAT ITU....HAYATILAH NIKMAT PERSAUDARAAN,SESUNGGUHNYA PERSAUDARAAN DAN UKHWAH ITU SEBAHAGIAN DARIPADA NIKMAT YANG ALLAH PERUNTUKAN KEPADA HAMBA NYA YANG BERFIKIR.....LUPAKAN LAH SEJARAH LAMA...BIARKAN IA TERUS TERLIPAT KEMAS SEBAGAI SEJARAH DAN PENGAJARAN....AYUH KITA MULAKAN HIDUP BARU....HIDUP YANG TIADA LAGI KEBENCIAN, TIADA LAGI KHIANAT, TIADA LAGI FITNAH DAN TIADA LAGI PERMUSUHAN......MARILAH KITA BERPEGANG TANGAN MEMBENTUK SATU UMMAH YANG UNGGUL SERTA KUAT UKHWAHNYA.....KUAT DALAM MEMPERTAHANKAN HAK DAN MARUAH YANG KEBELAKANGAN INI SERING DIPERMAINKAN OLEH MEREKA YANG MEMPUNYAI AGENDA....AYUH..AYUH...AYUH MARILAH KITA BERSATU DAN BERPADU KERANA SESUNGGUHNYA MASA KITA SEMAKIN SUNTUK......SAAT KITA SEMAKIN GENTING.....USAH LAGI KITA MENOLEH KE BELAKANG.......BIARKAN IANYA BERLALU SEBAGAI SEBUAH CERITA....BERSATULAH..BERSATULAH DEMI MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK DAN GEMILANG.........yang ikhlas ABE ZUL JELI 2011

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.