20 Jan 2011

Gugurkan Status Badrul Untuk Elakkan Cubaan Rampasan Kuasa Terhadap MB Selangor???



Komen Isac;

Pakatan sebenarnya takutkan bayang-bayang mereka sendiri... Terbukti dakwaan mereka bahawa Badrul gagal hadir ke sidang DUN Selangor selama 6 bulan hanyalah suatu helah...klik sini dan Klik sini.

Helah tersebut adalah untuk mengurangkan undi milik BN... Walaupun BN tidak mempunyai cukup undi di DUN Selangor untuk menyingkirkan MB Tan Sri Khalid. Tetapi daripada khabar-khabar angin yang sedang bertiup kencang ada beberapa orang YB Pas, PKR malah DAP telahpun bersetuju untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Khalid untuk membentuk sebuah kerajaan campuran dengan mengusulkan undi tidak percaya pada sidang tergempar DUN Selangor pada 24 Januari nanti.

Nampaknya semangat saling tidak percaya dikalangan anggota Pakatan Rakyaat semakin memuncak lebih-lebih lagi apabila TG Nik Aziz sendiri telah menemui DS Najib pada 24 Disember yang lalu tanpa memaklumkan kepada anggota-anggota komponen yang lain.

2 comments:

  1. Dah agak dah...
    Lagi satu sibuk nak buat pindaan perlembagaan Negeri Selangor untuk kembalikan kuasa Sultan...
    Sulatan dengan kuasa yang ada hari ini pun dah cukup cantik dah. UMNO sentiasa setia dan menghormati institusi Raja.. Yang selalu biadap dengan Sultan dan Raja ni siapa..

    Kan senang cakap pindaan yg paling penting adalah MEMBERI KUASA TAMBAHAN KEPADA MENTERI BESAR melebihi sultan...
    Itulah matlamat khalid gagap...!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.