10 Jan 2011

Gara-gara Menggangu TG Hj Hadi - Aduka Taruna Kena Pukul???


'Penyokong' Hadi didakwa 'belasah' penulis blog

Jimadie Shah Othman
Jan 10, 11
11:51am
http://www.malaysiakini.com/news/152945


Sekumpulan jemaah masjid, dipercayai penyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa mengasari seorang penulis blog yang cuba mendapatkan beberapa penjelasan daripada presiden PAS itu.


Khairul Nizam Abd Ghani mendakwa, dalam insiden dekat rumah Abdul Hadi di Marang pada 7 Januari lalu, beliau turut dikurung seketika di pejabat masjid berdekatan dan telefon bimbitnya dirampas.

Sehubungan itu, beliau yang terkenal dengan nama pena Aduka Taruna membuat laporan polis di Balai Polis Marang kira-kira jam tiga petang, sejurus selepas peristiwa itu


Komen Isac;

Jika benar,  padan dengan muka dia... Kadang-kadang blogger pun perlu diajar cara menghormati orang lain dan jangan besar kepala.

Dengan cara beliau "kurang ajar" kepada sebuah keluarga diraja tiak lama dahulu, penulis tidak hairan jika TG Hj Hadi juga telah tersinggung dengan cara beliau mengajukan soalan...

Buku bertemu ruas???

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.