23 Jan 2011

Cikgu Mala Kesal Umno Tak Ajar MCA Mengenali Islam...Persoalannya, Adakah Pas Benar-benar Faham Islam???

Komen Cikgu Mala klik sini.

Komen Isac;

Penulis juga kesal kerana saban hari apabila diadakan PRK, maka penyokong dan sekutu Pas akan cuba "menelanjangkan" peribadi calon BN. Bahkan mereka acap kali menuduh DS Najib terlibat dengan kes pembunuhan Alantunya, terlibat dengan zina.

 Bagi mereka menceritakan keaiban orang lain walaupun tanpa bukti, bukan suatu fitnah!!! Kononnya mahu mengelakkan rakyaat dari terus dizalimi!!!

Tuduhan yang sering kali dilimparkan tanpa disusuli dengan bukti dan empat saksi seperti yang diminta oleh syarak!!! Walaupun DS Najib sendiri telahpun beberapa kali bersumpah muhaballah, tetapi tuduhan yang sama tetap kedengaran setiap kali ada pilihanraya...

Apabila tuduhan yang hampir sama dilemparkan kepada pemimpin-pemimpin dan sekutu mereka, maka mereka akan beriya-iya menuntut empat saksi seperti yang dikehendaki syarak!!! Apabila diminta bersumpah muhaballah kerana saksi/penuduh telah melakukan sumpah, bermacam-macam pula alasan yang diberikan.

Ironinya  penyokong-penyokong dan sebahagin rakyaat masih tetap percayakan "tipu-helah" mereka...

Penulis ingin bertanyakan kepada Cikgu Mala, adakah segala hukum Islam hanya disyariatkan kepada orang lain selain daripada ahli Pas dan sekutu mereka??? Jestru mereka bebas mempermainkan hukum Allah s.w.t sewenang-wenangnya???

Kadang-kadang penulis tertanya-tanya, adakah Pas faham tentang Islam???

2 comments:

  1. sama je baik umno baik pas..dua2 jahil...

    ReplyDelete
  2. cuma ambil perkara asas :
    Pemimpin PAS tahu hukum bersalaman dengan bukan mukhrim adalah HARAM, & pemimpin dan ahli UMNO pun tahu juga tapi cuma JAHIL jer..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.