bumiyang

Ini bumi yang ku pijak, bumi yang mana langitnya ku junjung. - Pendesak Supaya Manifesto PH Dlm PRU 15 DiTepati!!!

31 Jan 2011

Banjir - Segamat Terputus Hubungan Dengan Dunia Luar.

SEGAMAT LUMPUH...Aktiviti harian penduduk daerah Segamat terjejas akibat hujan berterusan yang mengakibatkan banjir teruk melanda pekan itu, hari ini. - Foto Khairil Faizi Jamian (Berita Harian)



ISAC at 23:00 1 comment:
Share

Solat Hajat Penyokong Pas Lawan Solat Hajat Penyokong Umno??? Ada Berani???


Selama ini ahli-ahli, penyokong-penyokong dan pemimpin-pemimpin Pas begitu bernafsu untuk membuat solat hajat dan berdoa agar Allah s.w.t. menjahanamkan Umno!!! Yang kononnya menentang Islam!!! Menindas kerajaan Islam!!! Menindas rakyaat!!!

Mungkin banjir besar yang sedang melanda negeri-negeri di selatan tanahair sekarang ini akan dikaitkan dengan betapa mustajabnya doa dan solat hajat mereka....

Bagaimana pula jika selepas ini Umno dan ulamak-ulamak pro Umno pula yang menganjurkan solat hajat dan berdoa secara besar-besaran sebagai balasan terhadap doa dan solat hajat yang telah dilakukan terhadap mereka???

Beginikah umat akhir zaman yang saling mendoakan bala dan "doa pecah perut" terhadap saudara mereka??? Bagaimana jika perlakuan kita nanti hanya akan mengundang murka Allah s.w.t dan beliau menurunkan bala kepada kita semua atas keterlanjuran yang kita lakukan???

Bagaimana jika bumi kita diterbalikkan dan kita digantikan dengan umat yang lain??? Sebagaimana yang telah berlaku terhadap umat-umat yang terdahulu???

Sehingga ke saat ini penulis masih tidak nampak mengapa umat Islam/Melayu perlu berpecah belah!!! Penulis tidak nampak Islam ditindas di bawah kerajaan pusat.

Jika benar Islam ditindas mengapa ustaz-ustaz dan para cendikiawan Islam diletakkan ditempat yang tinggi dan bergaji besar??? Mengapa sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi milik kerajaan mewajibkan mata pelajaran agama???

Masih banyak ruang-ruang dakwah yang boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya...tetapi masih belum diisi... Mengapakah perbazaan yang kita cari walhal diri kita sendiri masih tidak sempurna??? Ramai pihak sebelah sana yang menasihati penulis bahawa penulis akan dipertanggung-jawabkan di akhirat nanti kerana selama ini menyerang Pas!!!

Penulis juga ingin bertanya kepada mereka, apakah yang telah mereka perbuat selain menunding jari menyalahkan Umno, caci-maki, umpat-keji, fitnah dan sebagainya???

Adakah cukup sekadar bertempik mendakwa mereka dari parti Islam, walhal Umno yang selama ini dilebel sebagai "toughut", kafir dan munafik lah yang telah bertungkus-lumus menegakkan Islam???






ISAC at 22:10 3 comments:
Share

Pas Kalah di Tenang Kerana Melayu Johor Menolak DAP???

Hakikat yang pahit untuk ditelan... Iaitu kini telah semakin ramai orang-orang Melayu yang begitu berbangga apabila mengibarkan panji-panji DAP.


Foto: Di Tenang, sisuami dengan bangga mengibarkan panji-panji DAP, siisteri pula tersenyum malu dan kelihatan cuba melarikan diri dan anak di stroller daripada
perhatian lensa.




Yang jelas, majoriti Melayu Johor masih tidak boleh menerima "ukhuah" yang dijalin oleh Pas dengan DAP!!!

Mungkin orang Melayu Kelantan boleh menerima mereka kerana kesan 13 Mei tidak begitu dirasai di negeri Kelantan dan lain-lain negeri di pantai timur. Tetapi bagi negeri-negeri pantai barat, parutnya masih ada. Jestru segala tingkah-laku DAP pasti akan di pandang dengan begitu berhati-hati dan waspada olah kami di Johor. 

Maka apabila Pas menerima mereka sebagai sekutu yang "wajib" dipertahankan berbanding Umno musuh yang wajib "diperangi" sudah tentulah orang-orang Melayu di negeri-negeri pantai barat tidak akan dapat menerimanya.

Soalan penulis, seandainya sedang mereka ini mengibarkan panji-panji DAP, mereka ini ditakdirkan mati dilanggar kereta atau terjatuh, adakah mereka ini akan dikira mati syahid??? Fikirkanlah sedalam-dalamnya sebelum anda menjawabnya... Berikan sekali dalil-dalil akli dan nakli....
ISAC at 16:56 2 comments:
Share

TG Hj Hadi & Ustaz Nasha Bakal Sertai Kerajaan BN???


Ini mungkin hanya khabar angin... Begitu juga halnya dengan cakap-cakap yang mengatakan kedua-dua tokoh Pas ini telah "memenangkan" calon BN di PRK Tenang.

Perkhabaran tersebut mungkin suatu yang tidak menyenangkan buat Pas, tetapi penulis percaya itulah harapan dan visi majoriti orang Islam/Melayu untuk melihat dua parti terbesar Melayu Islam dapat bersatu demi agama, bangsa dan negara.
ISAC at 13:00 5 comments:
Share

PRK Tenang - Hujan Rahmat Buat BN atau Kifarah Membasuh Dosa???


JENTERA BN Kampung Lembah Bakti membawa pengundi menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk keluar mengundi selepas rumah mereka dinaiki air pada Pilihanraya Kecil Dun Tenang. - Foto Rosdan Wahid


Keputusan PRK Tenang dah pun diumumkan, Umno/BN menang... Pekan Labis/Tenang pula setakat malam tadi dah terputus hubungan darat dari dunia luar.

Adakah ia hujan rahmat atau kerana untuk membasuh "dosa" para pengundi Tenang yang telah menolak Pas terserahlah kepada pembaca untuk mentafsirnya. Masa akan menentukan...

Pertanyaan penulis pernahkah Rasulullah s.a.w. bersekutu dengan musuh-musuh Islam sebagaimana yang Pas lakukan iaitu bersekutu dengan DAP???

Jangan samakan perjanjian Hudaibiah, dengan kompromi Pas bersama DAP. Kerana ia adalah dua perkara yang kelihatan sama tetapi tidak serupa...

ISAC at 09:00 No comments:
Share

Normala Sudirman - Bukan Mudah Nak Menerima Hakikat Bahawa Esok Beliau Mengganggur...

Hakikat pahit yang terpaksa beliau terima. Jika dahulu telah selesa dan mempunyai jawatan tetap, bergaji bulan dan berjawatan yang dihormati khalayak tiba-tiba hari esok itu semua tinggal sejarah.

Angan-angan untuk menjadi YB pula tidak kesampaian...

Mungkin ada yang akan kata itulah harga sebuah perjuangan, perjuangan untuk agama??? Itu belum pasti... Tetapi yang jelas ia adalah perjuangan untuk memenangkan Parti dan sekutu.

Parti yang jelas menolak perpaduan dan ukhwah sesama Islam. Parti yang mengkafirkan orang Islam yang tidak sehaluan dengan mereka. Parti yang bersekutu dengan musuh Islam. Parti yang menghalalkan caci-maki, umpat-keji dan fitnah untuk mereka yang tidak sehaluan dengan mereka.

Mungkin ada di antara pembaca yang marah dengan penulis, tetapi jika saudara-saudari menelitinya dengan ikhlas apa yang penulis ingin sampaikan pasti saudara-saudari akan bersetuju.

Yang jelas politik boleh merubah seorang alim menjadi sejahat-jahat manusia dek kuasa dan pangkat... Boleh mengubah seorang yang baik kepada pemerintah yang zalim...
ISAC at 00:45 12 comments:
Share

30 Jan 2011

Keputusan Resmi PRK Dun Tenang - BN Menang!!! Majoriti bertambah!!!





Sumber TV3.

Nampaknya undi Pas dilihat kurang terjejas. Bukan mudah untuk menukar mentaliti penyokong-penyokong Pas terutama apabila pemimpin utama mereka menggunakan doa dan balasan akhirat untuk memomokkan mereka.... Apapun bantuan tentera Malaikat yang mereka selalu war-warkan tidak kunjung tiba malah penduduk Labis/Tenang yang menderita dek banjir yang melanda. Kepada penyokong-penyokong Pas, masihkah anda merasakan bahawa perjuangan Pas diredhai Allah s.w.t. ???

Jestru untuk Umno/BN lebih berjaya di PRU 13, sokongan oleh golongan yang tidak mengundi adalah perlu!!! Maka jentera pilihanraya perlulah digerakkan dari sekarang untuk menarik golongan ini keluar mengundi di PRU 13 nanti.
ISAC at 22:08 3 comments:
Share

Labis/Tenang Banjir Kerana Doa Nik Aziz???



Komen Isac;

Doa digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk "menakut-nakutkan" musuh politik di dalam usaha untuk meraih sokongan dan simpati orang Melayu. Sejauh mana Pas berjuang di jalan Allah, hanya masa yang akan menentukan...

Yang jelas Labis/Tenang telah pun terputus hubungan jalan darat daripada dunia luar. Adakah doa Pas diterima Allah??? Adakah Umno/BN akan kalah dek doa Pas??? Adakah tentera Malaikat telah turun ke Labis/Tenang untuk memenangkan Pas di Tenang???  Keputusan PRK Tenang akan diumumkan jam 8:00 malam nanti!!!
ISAC at 19:00 1 comment:
Share

Terbaru!!! Pengundian Ditutup!!! Jalan ke Labis/Tenang Pun Ditutup Kerana Banjir???

BANDAR Labis dinaiki air susulan hujan sejak dua hari lalu. Ketika ini, proses mengundi pada pilihan raya kecil DUN Tenang sedang berjalan. - Foto Mohd Fadli Hamzah. Jan 30, 2011 4:57 pm


JABATAN Pertahanan Awam Segamat bersama lima anggota sambil dibantu anggota tentera Kem Gemas membawa pengundi serta keluarga berpindah selepas rumah mereka ditenggelami air dekat Kampung Ladang Verra, hari ini, ketika Pilihanraya Kecil DUN Tenang. Foto Rosdan Wahid . Jan 30, 2011 4:24 pm


JALAN utama di Labis-Segamat berdekatan simpang Felda Redong dinaiki air akibat daripada limpahan air dari Sungai Tenang meyebabkan kesesakan luar biasa pada pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid. Jan 30, 2011 3:58 pm


Komen Isac;

Sila dapatkan maklumat dari balai-balai polis berhampiran jika anda mahu ke sana atau kawasan sekitar dengannya bagi mengelak daripada terkandas disebabkan oleh banjir.
ISAC at 17:11 4 comments:
Share

PRK Tenang - Foto-foto Sekitar Hari Mengundi!!! Jangan Tertipu Dakyah Pembangkang!!! Pengundian Diteruskan Seperti Dijadualkan!!!

DUN Tenang: 8,167 keluar mengundi setakat 1 tengah hari 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DUNTenang_8_167keluarmengundisetakat1tengahhari/Article
2011/01/30

LABIS: Sehingga 1 tengah hari, 55.36 peratus atau 8,167 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, demikian statistik terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


 
WALAUPUN berkerusi roda dan terpaksa meredah hujan pengundi warga emas ini tetap mengundi di Tenang, 30 JAN. 2011 - UTUSAN/BORHAN ABU SAMAH


Foto Malaysian Insider.



CALON Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim membuang undi di saluran tiga Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah bagi Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, pagi ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah. Jan 30, 2011 10:26 am



CALON Pas Normala Sudirman beramah mesra dengan orang kampung yang sedang beratur untuk membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang, hari ini.
- Foto Bernama



PENGUNDI membuat pemeriksaan sebelum memasuki dewan untuk mengundi bagi Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, pagi ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Jan 30, 2011 11:10 am


SUASANA di sekitar kawasan pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenang Stesen pada pilihan raya raya kecil DUN Tenang, pagi ini. - Foto Rosdan Wahid

Jan 30, 2011 12:17 pm



Aksi penyokong-penyokong BN. Foto Malaysian Insder.


Gelagat penyokong-penyokong Pas menarik undi. Foto Malaysian Insder.

TIMBALAN Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan penyokong Barisan Nasional (BN) ketika hadir mengadakan tinjauan di Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, hari ini. - Foto Bernama Jan 30, 2011 1:25 pm


Komen Isac;

Orang lumpuhpun boleh keluar menjalankan tugas mereka sebagai rakyaat negara ini. Anda bagaimana???

Kepada semua pengundi-pengundi janganlah tertipu dengan dakyah pembangkang yang disebarkan melalui sms bahawa PRK Tenang telah ditangguhkan!!!




ISAC at 14:06 No comments:
Share

Adat Melayu, Tok Ai Memohon Restu Sebelum Turun ke Gelangang....

 
MOHD Azahar Ibrahim mencium tangan neneknya, Esah Sulong, sambil diperhatikan isterinya, Tuty Roshizana Tumin, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dan Ketua Wanita UMNO Labis, Haslinda Salleh (kiri) di rumah calon BN itu di Kampung Paya Merah,
hari ini. - Foto Zain Ahmed
ISAC at 12:42 No comments:
Share

Gempar!!! Suami Cikgu Mala Memang Ada Penyakit???



Lihat pada foto di atas... Dah lah ambil cuti sakit yang panjang.... kemudian ikut isteri berkempen.... Tetapi dia cuma payungkan dirinya sendiri aja...

Macam tak sayang bini aje... Penyakit tak sayang bini???

Jangan bro, nanti orang lain kebas awak puteh mata.... Kat luar sana tu ramai yang menunggu peluang aje tu...
ISAC at 08:30 1 comment:
Share

29 Jan 2011

Iklan Jawatan Kosong di PKR!!! Kaki Provok Polis Dikehendaki!!!





Komen Isac;

Pastinya  Gobala adalah seorang kaki provok dan "pelakon" yang "berkaki lebar" dan payah untuk dicari ganti....

Walau bagaimanapun penulis percaya bakat-bakat baru akan lahir apa lagi PKR sememangnya tidak pernah "kering" dengan bakat-bakat  kaki provok yang boleh diketengahkan terutamanya apabila mereka ini menjadikan DSAI sebagai "role model".


ISAC at 20:58 1 comment:
Share

Gempar!!! Lagi Bukti Suami Mala Sokong BN???









Komen Isac;

Suami cikgu Mala ni memang suka warna kebiru-biruan... Walaupun  kadang-kala tu kerana mahu "sedondon" dengan isterinya tetapi adakalanya, cikgu Mala tak pakai birupun dia pakai juga... Lihat gambar pertama!!!

Mungkin inilah antara sebab beliau "murung"...
ISAC at 16:30 1 comment:
Share

Kecoh!!! Parti Makkal Sakti Sokong Cikgu Mala di Tenang!!!

Berita lanjut klik sini.




Komen Isac;

Undi dan kuasa punya pasal... Menipu pun sanggup!!!
ISAC at 13:00 No comments:
Share

Suami Murung - Adalah Lebih Baik Buat Cikgu Mala Menjaga Kesihatan Suami...


Komen Isac;

Isteri belum dapat "title" YB pun dah mendapat penyakit murung terpaksa ambil "MC" lama-lama... Penulis tak naklah mempertikaikan samada "MC" yang diperolehi itu sah atau tidak dan samada doktor yang memberinya pula adalah doktor pakar atau tidak (kalau setakat doktor biasa boleh ke memberikan MC untuk penyakit kemurungan selama itu???), itu pihak berwajib kena siasatlah...

Jestru baik Cikgu Mala tarik diri aje daripada bertanding dan berikan sepenuh perhatian kepada suaminya, ya lah takut-takut bila isteri dah jadi YB nanti daripada murung melarat kepada "DELUSI dan halusinasi" pula, kan nyaya!!!

Karang tah apa-apa pulak yang dibayangkannya nanti apabila Cikgu Mala bertugas di luar kawasan. Takut-takut terbayang pulak "KOC" VIP bergoyang ke??? Terbayang bilik hotel Puduraya ke??? Siapa yang susah??? Pastinya Cikgu Mala dan kaum keluarganya juga yang susah.... Rakyaat juga yang tak terbela.....
ISAC at 09:00 No comments:
Share

28 Jan 2011

Gempar!!! Cikgu Mala & Suami Masuk BN???

CALON PAS, Normala Sudirman singgah menziarahi gurunya semasa di tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Station semasa berkempen di Kampung Air Panas, Labis.
- Foto Nurul Shafina Jemenon (Berita Harian)


Komen Isac;

Baju pun dah sedondon,dua-dua biru. Duduk pulak bawah bendera biru. Tak nak jadi ahli bersekutu BN ke??? Suami ambil nombor keahlian nombor 1 dan isteri nombor dua.
ISAC at 23:30 No comments:
Share

Le Tour de Langkawi - Tahniah Anuar Manan!!!


PELUMBA negara, Anuar Manan yang mewakili pasukan Terengganu ProAsia Cycling megah bersama jersi biru selaku Raja Pecut selepas menduduki tempat kedua pada perlumbaan peringkat keenam dari Rawang ke Putrajaya, Le Tour de Langkawi, di Putrajaya,
28 Jan. - Utusan/IZHAM JAAFAR




PARA pelumba melintasi bangunan Perdana Menteri selepas melalui peringkat keenam Le Tour de Langkawi dari Rawang ke Putrajaya sejauh 106.7 Km, di Putrajaya, 28 Jan. - Utusan/ZAKI AMIRUDDIN

ISAC at 20:00 No comments:
Share

Balai Bomba Dibakar!!! - Ibarat Marahkan Nyamuk Kelambu Dibakar???


API marak memusnahkan balai bomba yang dibakar penunjuk perasaan yang menuntut pengunduran Presiden Hosni Mubarak manakala polis anti rusuhan berkawal di utara Mesir. - Foto AFP Jan 28, 2011 11:32 am (Berita Harian).




Komen Isac;

Bila balai bomba pun dah dibakar, siapa pula yang akan diharap untuk memadam kebakaran nanti???

Manusia ni kadang-kadang dalam pandai ada bodohnya... Begitulah juga dengan rakyaat Malaysia, memang penulis akui suatu ketika dahulu pemimpin-pemimpin Umno memang wajar dipukul dan ditampar kerana telah menjadi bongkak dan lupa diri.

Apapun proses "pengajaran" tersebut mereka lalui dalam PRU ke 12 yang lalu....

Kini majoriti mereka telah sedar, jestru kita perlulah bersama-sama memperkuatkan semula Umno ... Yang bersalah bukannya Umno!!!

Pembelaan nasib Melayu/Bumiputera perlu diteruskan!!!

Jangan sesekali kelambu kita bakar, kerana yang mudaratnya nanti adalah anak-cucu kita!!!
ISAC at 16:30 No comments:
Share

Anwar - MCA Bangkit Isu Salam Kerana Nak Tutup Kelemahan???

http://mediawangsamaju.blogspot.com/2011/01/nizar-normala-sengaja-malukan-saya.html

LABIS, 28 Jan - Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa MCA sengaja mahu membangkitkan isu negara Islam dan menyerang peribadi calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman dalam kempen pilihan raya kecil Tenang kerana mahu menutup kelemahan dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.



Komen Isac;

DSAI pun seorang yang mahir dalam "mengalih perhatian & persepsi" rakyaat dalam suatu-suatu isu demi kepentingan peribadi dan politik beliau, jestru bertepatan dengan pepatah melayu. "hanya jauhari yang mengenal manikam".

Yang jelas MCA sebenarnya keliru, mengapa ada berbagai-bagai versi salam dalam Pakatan, ada yang boleh bersalam ada pula yang tidak...

Apa komen TG Nik Aziz???
ISAC at 12:00 No comments:
Share

Blogger Pakatan Antara Yang Akan Disaman Kerana Memfitnah Umi Hafilda???

Oleh: NOOR HASILAH ISMAIL
http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_c686051e-7f000010-2cbbb200-4fec2b26

Selepas lama menyepi, bekas saksi pendakwa kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun 1999, Ummi Hafilda Ali Khamis buat laporan polis minta siasat dan bongkar semula jenayah serta konspirasi terancang Anwar, Azmin Ali dan sekutu mereka.
ISAC at 09:20 No comments:
Share

27 Jan 2011

Penulis Setuju Dengan TG Nik Aziz, Pemimpin MCA Perlu Hormati Islam!!! - Tapi Bagaimana Pula Dengan DAP???

Pemimpin MCA kena hormati Islam - Nik Aziz

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menyentuh sensitiviti umat Islam berkaitan tindakan calon wanita Pas, Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan orang ramai.


Komen Isac

Berapa kali usaha murni Dato' Dr Hassan menguat-kuasakan Islam di Selangor diperlekeh dan ditentang oleh Ronnie Liew.

Ironinya di dalam mempertahankan pendiriannya, beberapa kali kedudukan Dr Hassan pula yang dilihat terancam dan hampir tersingkir daripada parti...

TG janganlah 'double standard'....

ISAC at 22:20 1 comment:
Share

Sponser Baju T Untuk Hari Mengundi Dicari!!!

ISAC at 16:30 No comments:
Share

Ceramah Pas di Tenang Lengang - Kantong Dermapun Kempes???

CERAMAH PAS di Kampung Air Panas, Labis, tidak mendapat sambutan apabila hanya beberapa penduduk menghadirinya. - Foto NSTP
Selain daripada berceramah politik majlis-majlis sebegini biasanya akan "menggembungkan" kantung parti Pas kerana para hadirin biasanya tidak lokek untuk berderma...
Sebaliknya di PRK Tenang fenomena ini tidak berlaku dan di lihat ia semakin mengeringkan kantong Pas...
ISAC at 13:00 No comments:
Share

Hujan Rahmat Buat Umno/BN di Tenang???



Kalau diikutkan kepada maklumat di lapangan, Umno/BN sedang mendahului Pas/Pakatan 75% berbanding 25%.

Mudah-mudahan sahaja keputusan tersebut berkekalan...
ISAC at 11:00 2 comments:
Share

Umi Hafilda Nak Dedah Lagi!!! Apa Pula Kali Ini???

Kenyataan Umi Hafilda di blognya;

"SALAM, ESOK KHAMIS,  SAYA AKAN KE BUKIT AMAN MEMBUAT LAPURAN POLIS TERHADAP BEBERAPA INDIVIDU BESERTA BAHAN BUKTI,SEBAGAI MEMBERSIHKAN NAMA SAYA YG TELAH DIFITNAH SECARA MELAMPAU.LAPURAN AKAN DIBUAT TERUS KEPADA KETUA PENGARAH BHG SIASATAN JENAYAH, DATO SERI BAKRI ZININ.

SAYA PUN KADANGKALA PENAT , BILA BERMATI-MATIAN CUBA MENEGAKKAN KEBENARAN , NAMUN MASIH ADA SUARA-SUARA SUMBANG YG MENGHIRIS PERASAAN, TAK CUKUP ITU DITABURKAN PULA FITNAH YG DAHSYAT DI BLOG PEMBANGKANG,SO SAYA DAH PENAT, BIARLAH POLIS SIASAT DI MANA LETAKNYA KEDUDUKAN CERITA SAYA".

Cerita lanjut klik sini. 

Dedah jangan tak dedah!!! Sama-samalah kita nantikan !!!


ISAC at 08:30 1 comment:
Share

Calon Umno/BN Redah Banjir Untuk Bersama Rakyaat???


Mudah-mudahan semangat sebegini berkekalan walaupun telah menjadi YB nanti...
ISAC at 00:30 No comments:
Share

26 Jan 2011

Pengakuan Terbaru Pas - Jika Menguasai Parlimen 2/3 pun, Hudud Belum Tentu Dilaksanakan???



Yang melaporkan berita ini pula bukannya Utusan Malaysia tetapi media yang dikuasai Pakatan, klik sini.

Maka jelaslah kini, bahawa buat Pas Islam hanyalah suatu komoditi yang boleh dijual-beli demi undi dan kuasa!!!


ISAC at 22:40 No comments:
Share

Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor Bakal Menjadi Pusat Barangan Berharga Murah???

http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8677841.asp

LABIS - Pembangkang yang memainkan isu kenaikan harga barangan bagi meraih sokongan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, dicabar supaya terlebih dahulu menurunkan harga barang di empat negeri yang mereka perintah. 


Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kalau hebat sangat pembangkang, sila segera turunkan harga barangan seperti harga petrol di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
ISAC at 16:36 5 comments:
Share

53 Tahun Negara Mengamalkan Demokrasi - Pas Pun Busuk Juga???



Komen Isac;

Sejak dari dahulu lagi kita sering dengar, cakap-cakap bahawa demokrasi bukan cara Islam. Dalam Islam "kehendak" majoriti tidak semesinya perlu diikuti terutamanya jika ianya bersalahan dengan syarak!!!

Setelah 53 tahun negara mengamalkan demokrasi berpelembagaan, kita lihat Pas yang selama ini mendakwa mereka sebagai sebuah parti Islam, juga tidak sunyi daripada melahirkan pemimpin-pemimpin yang mengamalkan politik kotor seperti memfitnah, menjatuhkan aib lawan,  memaki, kata-nista, serangan peribadi dan lain-lain.

Ke manakah arah-tuju kita sebenarnya???



ISAC at 09:45 2 comments:
Share

Kedudukan 100 Blog-blog Politik.

KEDUDUKAN DALAM TOP RANKING PADA
24 JANUARY
BLOG
RANKING ALEXA
KEDUDUKAN RANKING PADA
20 JANUARY
TURUN
NAIK BLOG
1
TRANUNGKITE
121
1
127
0
2
TUKAR TIUB
302
2
299
0
3
GERAKAN ANTI PKR
303
3
328
0
4
HOUSE PK
362
4
383
0
5
PAPA GOMO
387
5
414
0
6
THE UNSPINNERS
437
6
449
0
7
BERITA SEMASA
446
8
473
+1
8
MIM
453
7
472
-1
9
GELOMBANG RAKYAT
516
10
589
+1
10
RBF ONLINE
544
9
558
-1
11
KELAB GREENBOC
564
11
595
0
12
PISAU.NET
603
12
596
0
13
MALAYSIA CENTRAL
629
13
606
0
14
MYKMU.NET
654
14
657
0
15
ANWAR IBRAHIM
666
15
689
0
16
MILO SUAM
671
18
747
+2
17
MEDIA PERMATANG PAUH
699
17
722
0
18
ROCKY BRU
730
19
772
+1
19
THE FLYING KICK
733
16
709
-3
20
CHE DET
788
20
778
0
21
RUANG BICARA PRIA MALAYA
814
21
830
0
22
PERAK TODAY
899
22
908
0
23
ANAK SUNGAI DERHAKA
920
23
987
0
24
TAIPING MALI
941
28
1052
+4
25
SRIKANDI 7
950
26
1009
+1
26
CINA ISLAM
963
27
1038
+1
27
WARKAH TINTA HATI
1004
35
1163
+8
28
IKUSUKAAKU-ISA
1011
32
1090
+4
29
ISU HANGAT
1019
25
1007
-4
30
INFO CORNER-SUDUT DISKUSI
1032
31
1080
+1
31
TUBELAWAK.BLOGSPOT
1075
29
1053
-2
32
BIAQPILA
1078
30
1063
-2
33
ZULKIFLI NOORDIN
1081
24
1005
-9
34
PEJUANG BANGSA
1096
34
1125
0
35
TOP RANKING ONLINE
1101
40
1309
+5
36
MALAYSIAN UNITED
1127
53
1657
+17
37
DUNIACACARMARBA
1154
33
1120
-4
38
BADUT RAKYAT
1194
38
1227
0
39
ORANG MUO
1199
37
1223
-2
40
AZLI SHUKRI TODAY
1204
36
1217
-4
41
EMPAYAR PEMUDA
1222
44
1422
+3
42
LIM KIT SIANG
1232
41
1317
-1
43
MSO
1273
43
1327
0
44
MALAYSIA SENSASI
1313
42
1322
-2
45
DARUL EHSAN TODAY
1321
45
1426
0
46
KICKDEFFELA
1329
48
1456
+2
47
SABAHKINI
1341
39
1303
-8
48
SEMUT HITAM
1401
46
1429
-2
49
KITA GEMPUR.COM
1442
49
1460
0
50
NAJIB TUN RAZAK
1457
54
1658
+4
51
WARTAMAYA
1473
47
1447
-4
52
RAKYAT MARHAEN
1523
55
1674
+3
53
IPOH MALAY
1576
58
1717
+5
54
LAWYER GARANG
1586
52
1650
-2
55
AIDC
1653
62
1810
+7
56
GELOMBANG WANGSA MAJU
1658
57
1694
+1
57
WARISAN 2057
1680
61
1790
+4
58
CURSING MALAY-TERUS TERANG
1712
56
1688
-2
59
BERITA TEMPATAN ()
1749
72
2114
+13
60
EDYESDOTCOM
1750
59
1724
-2
61
ERA PASCA
1768
50
1543
-11
62
ANWAR PEMBOHONG
1784
51
1612
-11
63
UMNO ONLINE
1800
66
2055
+3
64
ANAK SEBERANG
1808
63
1817
-2
65
PENARIK BECA
1903
75
2326
+10
66
KERABU BERSUARA
1924
64
1861
-2
67
BUJANG SUSAH
1951
68
2065
+1
68
KERIS PUTERA
1959
69
2066
+1
69
UMENO WORLD
1983
73
2193
+4
70
UNCLE SEEKERS
1987
60
1774
-10
71
MY ADHA MALAYSIA
2010
65
2026
-6
72
SUNGAI RAPAT ONLINE
2098
67
2056
-5
73
GERAKAN TIMUR
2116
74
2306
+1
74
CUCU TOK SELAMPIT
2132
80
2486
+6
75
IBNU HISYAM
2167
71
2085
-4
76
SMART GENERATION
2219
70
2075
-6
77
KERENGGA
2226
76
2328
+1
78
BRIGED MP SEGAMBUT
2366
91
2927
+13
79
KL BOYZ
2367
87
2834
+8
80
BLOG-LIST POLITIK
2369
86
2764
+6
81
CENANGAU
2406
88
2863
+7
82
CELAH GELEGAR
2429
81
2490
-1
83
BLOG TAMINGSARI
2528
78
2398
-5
84
ADUKA TARUNA
2562
85
2737
+1
85
PENA KU SISIP BLOG
2563
104
3404
+19
86
WARTA SHUBHI
2569
83
2617
-3
87
PAS PARIT BUNTAR
2586
98
3199
+11
88
ALBANJARI ONLINE
2601
102
3374
+14
89
LAKSAMANA JEBAT
2629
77
2396
-12
90
MALAYSIA WAVES
2661
79
2417
-11
91
BIGDOGDOTCOM
2686
84
2707
-7
92
PANGLIMA PERANG CYBER
2701
92
2941
0
93
PERISIK RAKYAT
2731
97
3139
+4
94
KEDAH TIMES
2776
82
2565
-12
95
HUSIN LEMPOYANG
2814
96
3131
+1
96
BUMIYANG
2872
99
3236
+3
97
JALAN PULANG
2979
100
3321
+3
98
PUSAKA AYAHNDA
3007
94
3043
-4
99
MALAY DELIMA
3076
107
3529
+8
100
MUSLIMEEN UNITED
3110
95
3110
-5
ISAC at 02:00 1 comment:
Share
‹
›
Home
View web version

About Me

  • ISAC
  • bumiyang
Powered by Blogger.