31 Dec 2010

"Wali Politik" Pasti Akan Kata Gobala Telah "Dibeli" Oleh UMNO??? RM 10 Juta???

Gobala terus dengan ‘gamenya’…balon Anwar di sidang akhbar pula dan ancam nak buat ‘roadshow’ dedah semua.

Oleh: ROSLAN BIAN

Mulanya hentam pakai Twitter beberapa hari berturut-turut, Rabu buat kenyataan bertulis kepada media manakala Khamis terus adakan sidang akhbar. Ahli Parlimen PKR Padang Serai, Kedah N Gobalakrishnan sudah‘ naik pangkat’.Itulah rentetan cara beliau balon kow-kow Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bos-bos PKR.

Mungkin ramai yang tidak sedar geramnya Gobala memang tidak dapat dibendung lagi. Bayangkan beliau balon Anwar lagi menerusi Twitter pada sekitar jam 4 pagi Khamis ketika orang sedang nyenyak tidor dan terus tweet beritahu nak adakan sidang akhbar di sebuah restoran di Petaling Jaya jam 11 pagi.Ramai wartawan berkejar ke sidang akhbar itu kerana ingat Gobala nak umum keluar PKR ke. Nyata tidak.Beliau terus dengan gamenya balon lagi Anwar depan para wartawan di situ.KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT.-30/12/2010


Komen Isac;


Kepada pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan DSAI adalah "Wali" mereka... Paling tidak beliau adalah "Wali Politik".

Itulah sebabnya beliau dilihat seolah-olah "maksum"... Batang tubuh dan segala perbuatannya waima menipu dan memfitnah sekalipun semuanya diterima sebagai "benar" dan sebenar-benarnya walaupun selalunya ianya dikemukakan tanpa apa-apa "dalil" dan bukti yang kukuh!!!

Yang pasti kepada penyokong-penyokong fanatik beliau, DSAI tak pernah membuat salah walaupun sebesar hama.... Adil seadilnya....

Jika ada pemimpin-pemimpin yang suatu ketika dahulu sanggup bermati-matian mencari perhatian dunia untuk menaikkan nama beliau, sanggup memprobokasi pihak polis demi untuk menarik perhatian orang ramai kononnya mereka "diinyaya", sengaja memprovokasi dan menimbulkan kekacawan supaya diri mereka ditangkap, dipukul dan dipenjara....

Tetapi apabila mereka ini semua telah sedar dan kembali ke pangkal jalan.... Mereka yang selama ini sengaja membiarkan diri mereka ditangkap, dipukul dan dipenjara semata-mata untuk memberikan DSAI imej yang baik dan menghentam imej pemerintah.... Dengan mudah mereka dilebel sebagai "pengkhianat rakyaat", permintaan peribadi tidak dipenuhi dan telah "dibeli" oleh UMNO!!!

Terlalu banyak pemimpin-pemimpin awal PKR yang telah menyisihkan diri daripada perjuangan "peribadi" DSAI, anda bila lagi???

1 comment:

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.