4 Dec 2010

TG Nik Aziz - Pas Sedia Bila-bila Masa Hadapi PRU!!!

03/12/2010 7:36pm

KOTA BHARU 3 Dis. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada bila-bila masa berikutan penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan yang sepatutnya bermula tahun depan.

Malahan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, partinya tiada masalah untuk menghadapi pilihan raya umum lebih awal kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersedia. 
“Kita bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 bila-bila masa daripada sekarang jika ia diadakan lebih awal seperti digembar-gemburkan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, Pas juga sudah mempunyai calon-calon yang berkebolehan untuk diketengahkan pada pilihan raya umum biarpun parti itu pernah tewas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 4 November lepas. – Bernama



Komen Isac;

TG Nik Aziz memang X kisah bilapun PRU.... Yang kena bersedia dan bekerja, bukan dia!!!!! Dia cuma jadi ikon aje.... Kalau cakap "maskot" nanti....Ada yang marah pulak....Kalau dulu Pak Lah ambil sedikit masa tidur  untuk menghilangkan lelah...

TG ni pulak memang kuat tidur agaknya....Dia memang dah tak larat..... Pantang ada kesempatan yang terluang...


1 comment:

  1. Jenis parti binatang. Bukan nak membaiki negeri dia atau membangungkannnya.

    Cuba perhatikan PAS ni. Politiknya sepanjangan tahun. Tu tak heran dia telah bersedia. Bersedia untuk kalah! hehehe

    Dia ni sikit sikit macam parti politik India. Berpolitik sepanjang tahun macam esok nak pilihanraya. Mana ceraham kutip sedekah dia pernah reda.

    Ceramah dia bukan saja perkumpulan manusia agaknya iblis syaitan pun penuh. Tak da kerja lain mengumpat dan memburukkan orang.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.