30 Dec 2010

Penduduk Miskin Kelantan Mendapat Rumah Rakyaat - Sumbangan Kerajaan Negeri???


SULTAN Kelantan Sultan Muhammad V, Tuanku Faris Petra (kiri), berkenan menyampaikan replika kunci rumah kepada penduduk miskin pada majlis Pengurniaan Zakat dan Bantuan Tanah Jajahan Gua Musang, di Masjid Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar, Sungai Asap B, di Gua Musang, hari ini. - Foto Bernama. Dec 29, 2010 12:55 pm (Berita Hatian)



137 terima bantuan Sultan Kelantan
Dis 29, 10 11:38am


Seramai 137 penduduk miskin termasuk 29 daripada kalangan Orang Asli di Gua Musang menerima bantuan zakat dan rumah yang disampaikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam.


Daripada jumlah itu, 129 menerima bantuan zakat manakala bakinya menerima bantuan rumah daripada Majlis Agama Islam Kelantan dalam satu majlis di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap B di Gua Musang.


Selepas penyampaian itu, Sultan Muhammad V turut berkenan melawat seorang peneroka, Sudin Che Ya, 59, yang menghidap asma kronik di RKT itu.


Sudin ketika ditemui Bernama selepas itu meluahkan rasa terharu dengan kunjungan Sultan Kelantan tersebut.


Kunjungan baginda adalah bukti Sultan Muhammad V amat prihatin terhadap rakyat pedalaman, katanya.


Sementara itu, seorang penerima bantuan rumah, Asiah Ahmad, 57, berkata dengan adanya rumah baru itu dia sekeluarga tidak perlu lagi tinggal dalam keadaan daif.


--Bernama


Komen Isac;

Jika ekonomi negeri ditadbirkan dengan lebih baik, mungkin kerajaan negeri juga boleh memberikan lebih bantuan dan tidak terlalu bergantung kepada sumbangan zakat dari orang ramai...

1 comment:

  1. Setakat zakat, memang orang Islam yang kaya wajib mengeluarkan zakat.

    Tapi sudahkah kerajaan negeri benar-benar menjalankan tanggungjawab membantu rakyat?

    Kalau benar, kenapa ramai rakyat Kelantan ke luar untuk bekerja?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.