12 Dec 2010

Pendedahan Wikileaks - Mengapa Anwar Bersetuju Melantik LKS Sebagai TPM Jika Menang PRU 13???

Pendedahan Wikileaks tentang Anwar dan Kes Liwat II pastinya akan memenguatkan lagi "teori" bahawa DAP sememangnya sudah tahu berkenaan "aktiviti gelap" Anwar (Jika benar seperti yang diberitakan).

Selama ini Anwar sengaja dipergunakan untuk memecah-belahkan undi orang-orang Melayu agar Pakatan berpeluang memenangi PRU 13. Ini kerana jika orang-orang Melayu tidak berpecah harapan Pakatan untuk mengalahkan Umno/BN adalah mustahi.

Jikapun Anwar didapati bersalah dan dijatuhkan hujuman penjara sebelum PRU 13, simpati rakyaat akan digunakan sebagai momentun untuk menjatuhkan kerajaan BN dalam PRU 13. 

Sebaliknya jika Anwar berjaya melambat-lambatkan kes di mahkamah dan Pakatan Rakyaat berjaya memenangi PRU 13 nanti pun, pastinya segala jasa Anwar "memecah-belahkan" undi orang Melayu akan juga dibalas dengan hukuman penjara kerana sebenarnya DAP memang telah lama mengidamkan kerusi PM. Pastinya segala bukti-bukti yang mereka ada  (jika benar seperti dakwaan Wikileaks) berkenaan kegiatan "gelap" Anwar akan dibongkarkan...

Jika Anwar dibenarkan menjadi PM pun tidakkah berkemungkinan bahawa bukti-bukti tersebut bakal digunakan untuk "mengugut" Anwar agar sentiasa mengikut telunjuk DAP... Dalam politik, matlamat menghalalkan cara!!! Jika golongan majoriti lemah, kita akan bakal "dijual" hidup-hidup!!!

Siapa tahu, persetujuan Anwar baru-baru ini untuk melantik LKS sebagai TPM adalah suatu "tolak-ansur" ataupun "peras-ugut" yang bekemungkinan telahpun berjalan???

Karpal Singh sendiri pernah begitu lantang menuduh Anwar sebagai seorang peliwat dalam sidang Parlimen pada tahun 1998. Tetapi sebaliknya kini beliau bermati-matian mempertahankan Anwar dalam kes Liwat II.

Adakah ini semua hanya suatu kebetulan???

2 comments:

  1. Bukan kebetulan.. memang perancangan sulit mereka..

    http://yuseriyusoff.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. DAP berpolitik cara bijak,
    Gunakan peliwat untuk capai matlamat,
    Gunakan akal jangan sampai negara terpajak,
    Satukan Melayu negarakan selamat.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.