17 Dec 2010

MP "Enam Jahanam" ???


Anwar Ibrahim dengan diiringi wakil rakyat Pakatan Rakyat keluar dari Dewan Rakyat selepas usul menggantung beliau selama enam bulan diluluskan pagi tadi. — Gambar oleh Jack Ooi 

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Parlimen pagi ini menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan tanpa membahaskan sama sekali laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dibentangkan kelmarin.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu digantung ekoran dakwaan beliau mengenai isu berkaitan APCO Worldwide dan gagasan 1 Malaysia.
Tiada perbahasan diadakan berhubung usul menggantung Anwar selepas Speaker Tan Sri Pandikar Amin mendakwa pembangkang bertindak tidak sopan, menunjukkan mereka tiada berhasrat untuk membahaskan usul tersebut.
“Saya tidak melihat adanya hasrat di pihak pembangkang untuk membahaskan perkara ini. Jadi, kita akan meneruskan dan akan mengundi perkara ini tanpa dibahaskan,” kata Pandikar walaupun ada kedengaran rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli Barisan Nasional.
Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari awal lagi telah berusaha untuk melengah-lengahkan penggantungan Anwar dengan cuba mencela dan mempertikaikan Pandikar dari semasa ke semasa.
Mereka juga kelihatan membawa pelekat-pelekat yang membawa mesej “mahkamah kanggaru” ke dalam Dewan Rakyat.
Kesemua wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak keluar Dewan Rakyat selepas usul menggantung Anwar diluluskan.
Dewan sedang membahaskan usul hukuman menggantung enam bulan ke atas  Azmin Ali, Karpal Singh dan Sivarasa Rasiah.
Ketika itu tidak ada anggota Pakatan Rakyat dalam Dewan Rakyat.
Dewan Rakyat semalam dibentangkan dengan usul yang mencadangkan supaya tiga anggota Parlimen pembangkang itu digantung enam bulan kerana menghina dewan.
Usul dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mencadangkan supaya Karpal (DAP-Bukit Gelugor), Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin (PKR-Gombak) digantung enam bulan daripada menghadiri sidang dewan kerana menghina majlis berkenaan.


Komen Isac;

Bukan takat enam jahanam.... Tapi mungkin Pakatan Jahanam!!!

Walaupun parti ini ramai pengamal undang-undang tetapi, seperti kebiasaannya undang-undang akan ditafsir dan diterjemahkan mengikut nafsu dan selera mereka....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.