25 Dec 2010

Kalau Rakyaat Lebih Rela Ditipu Berkali-kali Apa Boleh Buat....

Buai laju-laju dongeng imbuhan RM500 sebulan
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1aDatuk Seri Anwar Ibrahim pernah jadi Menteri Pertanian dan Menteri Pelajaran selain Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Ada sesiapa ingat kalau-kalau ada sesuatu yang cukup istimewa yang dilaksanakan beliau sewaktu menjadi Menteri Pelajaran dari tahun 1986 hingga 1991 yang tetap dikenang dan disanjung sampai ke hari ini?



Kalau rasa tak terlintas apa-apa dalam ingatan maka jawabnya faham-faham sajalah.

Maka tak perlulah pergi jauh masuk bab Menteri Pertanian dan Menteri Kewangan.

Kata orang kalau belum pernah duduk menjadi decision maker di situ lain ceritalah.

Namun dalam mengejar impian nak tawan Putrajaya…Anwar kini nak tampil diri sebagai hero kepada mereka dalam perkhidmatan perguruan.

Ingat tak pada cadangan nak bagi imbuhan RM500 sebulan kepada semua guru dalam Program 100 hari jika dapat tawan Putrajaya yang diumum dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang Ahad lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menilai janji dalam program itu tidak lebih untuk memancing undi tanpa mengambil kira implikasinya.

 
Komen Isac;

Telah banyak posting yang penulis buat tentang "janji-janji bohong" Pakatan terutamanya DSAI. Tetapi jika itu yang rakyaat mahukan, apa yang boleh kita buat....

Golongan guru terutamanya semasa di zaman Pak Lah telah pun mendapat durian runtuh di mana guru-guru kelulusan sijil Maktab Perguruan telah mendapat pelarasan gaji paling tinggi iaitu sehingga ada yang melebihi RM 500.00 sebulan. Rasanya perlarasan tersebut baru kira-kira tiga tahun yang lalu Sijil perguruan mereka telah diakui sama taraf dengan diploma sementara bagi guru-guru siswazah pula mereka juga mendapat perlarasan gaji yang agak lumayan, skitar RM 300-400 seorang.

Jika mahu dibandingkan gaji guru-guru sekarang dengan guru-guru dahulu pastinya ibarat bumi dengan langit... Bagi guru-guru yang memiliki Ijazah Sarjana maupun Phd, pengiktirafan sewajarnya belum diberikan, mungkin mereka ini boleh diserap ke Maktab-maktab Perguruan, Kolej Komuniti mahupun dilantik menjadi pengetua.

Pada penamatan penulis secara keseluruhannya, gaji guru tidak jauh berbanding kakitangan awam yang lain, malah jika dikira elaun "kritikal" yang diterima oleh guru-guru yang mengajar di dalam bahasa Inggeris mungkin pendapatan mereka lebih tinggi.

Jestru apa sahaja bentuk elaun baru dan perlarasan buat keseluruhan skim guru, adalah dirasakan masih terlalu awal kerana perlarasan terakhir baru sahaja dilakukan kira-kira tiga tahun dahulu. Keseimbangan adalah perlu kerana pemberian elaun baru ini pastinya akan mengundang tuntutan yang sama daripada baki 1.2 Juta kakitangan awam yang lain...

Apapun nasihat penulis jangan sampai kita menjadi seperti bidalan , "Dengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan".


1 comment:

  1. dahlah blog mcm Azli Shukri, eja rakyat pun rakyaat...porah!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.