24 Dec 2010

Jika Hishamuddin Rais Kata BN Memfaraidkan Harta Rakyaat - Pakatan Pula Mendapat "Aasabah"???

Pakatan lebih bahaya daripada BN: Perkasa


KOTA BAHRU – Pakatan Rakyat (PR) dilihat lebih berbahaya berbanding Barisan Nasional (BN), sekiranya diberi peluang memerintah negara kerana pemimpinnya menunjukkan reaksi awal akan mengubah dasar dalam Perlembagaan.

Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, membuat pandangan berkenaan dengan merujuk kepada perkembangan terbaru PR, termasuk kenyataan yang dikeluarkan sepanjang tempoh Konvensyen PR kali kedua, baru-baru ini.

Menurutnya, dasar-dasar kebangsaan dipertahankan sejak negara mencapai kemerdekaan akan runtuh sekiranya pemimpin daripada PR mendapat kuasa.


“Pemimpin Parti Keadilan Rakyat membawa fahaman Pluralisme yang menekankan kesamarataan, tidak mustahil semua bangsa akan menjadi bangsa resmi dan semua agama akan menjadi agama resmi negara suatu masa nanti.


“Mereka (pemimpin PR) berjanji akan buat macam-macam perubahan sekiranya diberi peluang memerintah selama 100 hari, mereka kata boleh rombak dasar-dasar dan tidak keterlaluan saya katakan negara akan menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ nanti,” katanya.


Ibrahim berkata, hasrat menghapuskan ISA juga berbahaya kerana ia akan menyebabkan tunjuk perasaan berleluasa serta menyemarakkan isu perkauman.


Beliau berkata demikian kepada media sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, tengah hari semalam, selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Ampang Puteri, sejak dua bulan lalu.


Ahli Parlimen Pasir Mas itu disambut kira-kira 1,000 penyokongnya dari seluruh Kelantan.


Komen Isac;

Bila Pakatan dapat memburukkan imej Umno dan BN dengan menuduh mereka dengan berbagai-bagai fitnah yang entahkan betul entahkan tidak...

Selepas rakyaat menolak BN dan Pakatan berjaya berkuasa...Bukan setakat  harta-benda dan hasil-mahsul negara bahkan agama dan negara juga mungkin akan bakal tergadai... "Winners Take All". Jika ketika mana DSAI menerajui Kementerian Kewangan dijadikan rujukkan, berbilion RM projek mengalir kepada syarikat-syarikat kroni tetapi Tun Mahathir pula yang dipersalahkan...

Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Hishammuddin Rais, Umno/BN memfaraidkan harta rakyaat.... Tetapi bagi penulis pemimpin-pemimpin pakatan yang mendapat "Aasabah" (menghabasi harta)....

Tiada salahnya membahagikan harta negara di kalangan rakyaat agar semua sama-sama dapat merasa seperti yang dilakukan oleh Umno/BN... Tetapi jika mengambilnya harta negara diambil untuk diri sendiri seperti anak lelaki yang mendapat "Aasabah" (menghabisi harta - mempusakai majoriti harta pusaka) seperti yang dilakukan oleh Anwar, kroni dan para proksinya dahulu itu salah dan tiada jaminan itu tidak akan berulang jika beliau sekali lagi dapat "memerintah" negara ini..

Jika kalimah Allah s.w.t, nasib bumiputera/Melayu, Felda, kestabilan negara dan lain-lain pin sanggup mereka pertaruhkan dan ganggu-gugat demi untuk berkuasa, apa lagi yang kita mahu harapkan dari mereka ini????

Nota: Anak lelaki simati ok lah... Yang mati tu bapa/ibu dia... Harta pusaka dia, janganlah harta negara diperlakukan sebegitu juga...

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.