6 Dec 2010

Isu Pertabalan Sultan Kelantan Yang Baru Masih Belum Selesai???

Ku Li anggap Tuanku Ismail masih Sultan Kelantan sah

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa Tuanku Ismail Petra masih Sultan Kelantan yang sah sambil menegaskan, pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan September lalu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, Tengku Razaleigh (gambar) mahu Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan supaya campur tangan untuk menangani masalah tersebut.

“Saya setia kepada Sultan Ismail. Kalau ikut Perlembagaan ada tiga sebab yang boleh menyebabkan Pemangku Sultan ditabalkan jadi Sultan, yang pertama Sultan sedia ada mangkat, Sultan turun takhta dan ketiga Sultan meninggalkan negeri selama 12 bulan tanpa sebab munasabah,” kata beliau ketika sidang media di sini.

Ia sidang akhbar pertama selepas Sultan Kelantan Sultan Muhammad V melucutkan dua pingat yang dikurniakan kepada Tengku Razaleih berkuat kuasa 2 Disember lalu.

Sejak dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra menggunakan gelaran Sultan Muhammad V.


Komen Isac;

Bagi penulis ini dah jadi isu "keluarga"....

Pandangan peribadi penulis walaupun di dalam undang-undang tubuh negeri Kelantan tidak dinyatakan bahawa seorang sultan boleh diganti jika  baginda sudah tidak berupaya untuk menjalankan tugas sebagai seorang sultan selama setahun atau lebih, Jawatankuasa Perajaan sepatutnya boleh bermesyurat untuk melantik seorang sultan yang baru.

Ini perlu kerana peranan sultan juga adalah penting. Apa bezanya jika pemangku sultan yang mentadbir negeri mewakili sultan dengan pemangku itu dilantik menjadi sultan yang baru, memandangkan paduka sultan gering dan tidak dapat menjalankan tugas-tugas beliau???

Walaupun mungkin Pas yang bakal memperoleh manfaat besar daripada keputusan ini, tetapi bagi penulis adalah tidak wajar untuk membebankan sultan yang sedang gering dengan tugasnya sebagai seorang sultan.....

 

4 comments:

  1. Salam bro,

    saya rasa kenyataan Ku Li dalam perkara ini ada betulnya.

    Sebagai rakyat biasa kita agak terbatas untuk membuat ulasan mengenai perkara yang membabitkan raja-raja ni..silap haribulan kena ganyang kita :-i

    ReplyDelete
  2. Kita sayangkan kesultanan Melayu dan tidak mahu krisis kesultanan Kelantan menjadi titik-tolak yang boleh digunakan DAPig untuk menghancurkan kesultanan Melayu.

    ReplyDelete
  3. cuba pada 1997 semasa anwar ibrahim jadi pemangku pm..tup tup buat mcm sultan mohamed v.

    huru hara negara masa tuh

    ReplyDelete
  4. Berdasarkan sejarah, mungkin Ku Li betul.
    Berdasarkan keperluan rakyat, mungkin Paduka Tuanku Sultan Muhammad ke V betul
    Berdasarkan kelaziman, urusan keluarga di raja perlu ditangani oleh pihak istana itu sendiri.

    Sekiranya rakyat disuruh memilih maka maka hendaklah rakyat melaksanakannya.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.