1 Dec 2010

"GAP" Serah 30 Memorandum Penyelewengan Pada DYMM SPBYD Agong Ahad ini!!!

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_a15b3d52-7f000010-1d956ad0-1f58e378


Sebuah kumpulan yang menamakan diri Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) akan mengadakan perarakan untuk menyerahkan 30 penyelewengan kerajaan Selangor kepada Yang Di Pertuan Agung pada hari Ahad ini, hari yang sama perarakan diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menyerahkan memorandum halang kenaikan tarif air.

Pengerusi GAPS Hamidzun Khairuddin memberitahu Agendadaily mereka juga akan menyerahkan 30 penyelewengan kerajaan negeri kepada Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan Jumaat ini.

Menurut Hamidzun, sekurang-kurangnya 5,000 rakyat Selangor akan bersama-sama GAPS untuk mempersembahkan 30 penyelewengan kerajaan negeri itu kepada Yang Di Pertuan Agung.


Komen Isac;

Suatu "setback" bila menjadi kerajaan..... Pembangkang ada banyak masa untuk mencari salah kerajaan...

Jika dahulu semasa BN memerintah...Pakatan yang tidak perlu mentadbir dan membangunkan negeri begitu ofensif "menyerang" kerajaan BN.

Kini peluang BN pula... Memang senang untuk mencari salah orang dan mendapatkan populariti... Tetapi apabila diberi peluang memerintah, ternyata merekapun apa kurangnya???

1 comment:

  1. Bukan apa kurangnya, ISAC. Tapi BANYAK kurangnya. hehehehe

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.