20 Dec 2010

Gagal Kemuka Bukti APCO, Anwar Sengaja Buat Kecoh Untuk Alih Perhatian Pendedahan Liwat Wikileaks???

Anwar gagal kemuka bukti dakwaannya dalam isu APCOhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/AnwargagalkemukabuktidakwaannyadalamisuAPCO/Article
2010/12/20

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digantung daripada persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan telah diberi peluang untuk membela diri dan mengemukakan bukti mengenai kenyataannya mengaitkan konsep 1Malaysia dan firma perunding antarabangsa APCO Worldwide dengan kempen One Israel.

Ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, Datuk Razali Ibrahim, berkata Anwar sudah diberikan tempoh dua hari semasa sesi persidangan Dewan Rakyat minggu lepas untuk membela diri tetapi tidak mengambil peluang itu dan bertindak seolah-olah mahu melengah-lengah keputusan mengenai kes itu.

"Kami (Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen) telah beri ruang yang luas kepada beliau (Anwar) tapi dia tidak mengambil peluang itu.

"Dia cakap dia ada bukti dokumen mengenai dakwaannya, dan kami minta dia buktikan, tapi dia tidak pernah kemukakan bukti," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Pada 16 Disember lalu Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar kepada Dewan kerana mengaitkan konsep 1Malaysia dengan One Israel.

Keputusan untuk menggantung Anwar seperti yang disyorkan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen itu, diluluskan oleh Dewan Rakyat tanpa sebarang perbahasan, dan ini telah mnecetuskan kekecohan dalam Dewan apabila semua Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar.

Razali berkata Anwar sepatutnya mengambil peluang itu dengan mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya itu kerana beliau memang mempunyai hak untuk berbuat demikian.
Katanya APCO Worldwide telah menghantar sepucuk surat kepada jawatankuasa itu bagi menafikan penglibatan syarikat itu dalam membantu kerajaan Malaysia membuat dasar, sebaliknya ia bertindak membantu meningkatkan perkhidmatan berkaitan komunikasi.

Selain Razali, jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin mulia, turut dianggotai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R.Sivarasa (PKR-Subang), Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) dan Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) yang dipertanggungjawab untuk membincangkan isu dakwaan Anwar itu. - BERNAMA



Komen Isac;

Itu adalah perkara biasa buat Anwar... Beliau ni kira macam  taraf wali juga lah... Menuduh tanpa payah memberikan bukti kerana kata-katanya adalah "suci"....

Itulah sebabnya walaupun setelah ditipu berkali-kali tetapi penyokong-penyokong Pakatan Rakyaat masih mempercayai beliau.... Seperti pembohongan 16 September, pembohongan PRK Dua Bukit dan Batang Ai di mana beliau berjanji akan membuat pendedahan "besar" menggemparkan negara berkaitan dengan parti pemerintah sebaik selepas menang PRK, rasuah RM dua juta untuk memancing MP Pakatan keluar parti, kes Alantunya, laporan perubatan dubur Saiful dan banyak lagi...

Sengaja membuat kekecuhan apabila digantung enam bulan daripada menghadiri persidangan Parlimen gara-gara tuduhan tanpa dapat mengemukakan bukti, menimbulkan kekecohan di dalam dan di luar dewan memang telah sinonim dengan Anwar Ibrahim....

Beliau sememangnya seorang yang pakar di dalam mengalih tumpuan dan kesalahan beliau sendiri... Pendedahan Wikileak tentang  kes liwatnya baru-baru ini pastinya merupakan antara sebab mengapa beliau sengaja menimbulkan kekecohan untuk mengalih perhatian penyokong-penyokongnya daripada mengetahu perkara yang sebenar...

Bayangkan jika pengganas komunis yang tinggal di dalam hutanpun pernah termakan propaganda beliau semasa mogok lapar di Baling Kedah, sehingga mereka keluar hutan, inikan pula setakat rakyaat marhaen yang mempunyai hati yang lembut dan mudah tertipu dengan janji-janji manis, lakonan taraf pemenang pelakon terbaik Holywood dan penipuan-penipuan tahap "gaban"!!!




2 comments:

  1. Slogan MALAYSIA BOLEH sudah berjaya menambat hati rakyat Malaysia...
    JOM KEMPEN SLOGAN
    "PEMBOHONG MACAM ANWAR IBRAHIM"
    DI PRK TENANG
    Jadikan slogan ini hingga jadi sebutan rakyat Malaysia...

    ReplyDelete
  2. salam, masih lagi ingat pertengkaran dengan wartawan RTM waktu ditanya pasal bukti yang Dato Seri Zahrain dan lain-lain bekas PKR terima RM2Juta untuk keluar parti... anwar kata akan dedahkan... dedahkan apa? dedah liwat lagi bagui..

    Ni videonya kut ada yang terlupa..

    http://www.youtube.com/watch?v=LcT6tcVViUU/

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.