5 Dec 2010

Contoh Nyata, "Keadilan" Bawaan DAP Buat Orang-orang Melayu/Bumiputera!!!

DAP parti anak -beranak - PM

05/12/2010 12:28pm

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak melabelkan DAP sebagai parti anak-beranak sendirian berhad walaupun mereka berkokok dan menjerit kononnya keahlian mereka adalah berbilang kaum. 

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, sedangkan apabila dikaji senarai kepimpinan pusat parti itu, orang Melayu dan Bumiputera yang membentuk hampir 67 peratus rakyat hanya mempunyai dua wakil sahaja manakala Bumiputera Sabah dan Sarawak langsung tidak diwakili.

"Sebab itu saya berpendapat parti ini seharusnya mengamalkan apa yang mereka khutbahkan".

"Di sini saya ingin katakan kepada mereka, mengakulah, bersikap teluslah kerana jika didedahkan statistik kepimpinan serta keahlian sebenar parti mereka mengikut kaum, maka sangat terang lagi bersuluh bahawa merekalah parti satu kaum yang menjadikan cauvinisme sebagai falsafah perjuangan dari dahulu sampai sekarang," katanya sewaktu menyampaikan amanat dasar sempena Konvensyen BN 2010, di sini hari ini. - Utusan


Komen Isac;

Bayangkan jika peruntukkan 30% untuk Melayu/Bumiputera dihapuskan, apa yang akan tinggal untuk kita???

Pastinya hak untuk bersaing juga akan dinafikan atas alasan "pemalas", merit, tiada pengalaman, tidak mempunyai modal dan bermacam-macam lagi!!!

Sememangnya mereka ini golongan yang tamak, tak berhati-perut, menindas mementingkan diri sendiri dan cauvanis!!! Peruntukan 70% buat mereka masih tak cukup2....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.