2 Dec 2010

Bagi Ahli PKR DSAI Setaraf Dengan TG Nik Aziz!!!! Taraf Dewa???

Ketua Umum: Kalau PAS punyai Nik Aziz, kita ada Anwar, kata perwakilan PKR

PETALING JAYA, 27 Nov – Perwakilan PKR meneruskan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya terus mengetuai parti itu dengan meminta jawatan ketua umum tidak perlu melalui proses pemilihan sebagaimana dicadangkan oleh sayap Wanita semalam.

Anwar (gambar) sebelum ini menolak untuk bertanding bagi jawatan presiden PKR yang kini disandang isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak 11 tahun lalu.
“Terdapat pihak yang mempersoalkan Anwar untuk membuat keputusan-keputusan, yang membuat kami meragui kepimpinannya. Ada juga yang mempersoalkan kecekapannya untuk menjadi ketua umum.

“Beliau tidak lantik diri sendiri untuk menjadi ketua umum. Kita yang melantik beliau,” kata perwakilan PKR Selangor Faris Musa ketika membahaskan usul dasar ucapan presiden pada hari pertama kongres.

Faris kemudian meminta supaya 1,200 perwakilan berdiri untuk menunjukkan sokongan kepada Anwar selaku ketua umum.

“Mari kita berikan sokongan tidak terhingga kepada Anwar,” kata timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan ini.



Komen Isac;

Sokongan taraf dewa!!! Bila dah mendapat sokongan sehingga ke tahap sebegini.... Buat lah salah apa pun akan "jadi tak salah".... Sebaliknya pihak berkuasa dan mahkamah yang akan depersalahkan kerana kononnya, berkonspirasi, "pembunuhan karektor", motif politik dan apa-apa lagi alasan lain yang akan diterima bulat-bulat oleh penyokong-penyokong mereka...


1 comment:

  1. PENULISAN TUAN AMAT MENARIK MINAT SAYA. TOLONGLAH PAUTKAN BLOG SAYA DI BLOG TUAN UNTUK KITA SAMA-SAMA BERJUANG UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.