22 Dec 2010

Anwar "Kantoi" Lagi???

Isu APCO: Nazri dedah dua dokumen dakwa Anwar berbohong

December 22, 2010
PUTRAJAYA, 22 Dis – Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mendedahkan dua dokumen bagi membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong apabila mendakwa APCO Worldwide berperanan dalam kempen gagasan 1 Malaysia, yang turut dikaitkan dengan One Israel.

Dokumen pertama ialah surat daripada APCO yang membawa kepada penggantungan Anwar dari Parlimen selama enam bulan manakala dokumen kedua pula kenyataan notari berkanun oleh Robert Shrum, konsultan politik, yang membantu menggubal konsep One Israel. 

Kedua-dua dokumen itu menafikan APCO ada hubungan dengan kempen One Israel Tel Aviv yang diperkenalkan 11 tahun yang lalu.

“Saya mahu kedua-dua surat ini disiarkan bagi menafikan apa yang Anwar dan pengikut-pengikutnya berkata di pasar malam,” kata Nazri (gambar) kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

Surat APCO menyebut bahawa firma konsultan perhubungan awam itu dilantik oleh pentadbiran Najib untuk menyediakan sokongan komunikasi sahaja dan tiada apa-apa kaitan dengan soal kempen.

Malah katanya, APCO hanya menyediakan khidmat kepada kerajaan Israel dua kali iaitu kali pertama untuk menguruskan persidangan perdagangan dua hari di Washington, DC pada 1987 dan sekali lagi pada 1992 apabila ia mengendalikan kerja-kerja perhubungan awam untuk memperkukuhkan perdagangan antara Amerika Syarikat dan Israel.


Komen Isac;

Pantun dua kerat,

Siakap, Senohong, Gelama, Ikan Duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri!!!

Buah kelapa, buah Bidara,
Kuat auta lama-lama jual negara!!!


1 comment:

  1. 'ORANG PAHANG KATA NUAR PUNGKOR' mintalah mana surat dai yahudi kokak mana supaya dapat ditunjukan bukti kat parlimen. bayarlah sikit.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.