2 Nov 2010

Taktik Pas Membeli "Undi" di Galas???

N45 Galas: Janji PAS Mahu Wartakan Tanah Rizab Orang Asli

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

GUA MUSANG: Kerajaan PAS Kelantan berjanji akan mewartakan semua kawasan penempatan Orang Asli di negeri itu sebagai tanah rizab dalam usaha untuk memberikan hak tanah kepada masyarakat berkenaan.


Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat (kiri) dan calon PAS Dr Zulkifli Mohamed (dua, kiri) bersama-sama dengan masyarakat orang asli ketika berkempen di Pos Sandrod, Gua Musang, pada Isnin. Foto THE STAR/MUHAMAD SHAHRIL ROSLI


Komen Isac;

Setelah mengaku memberikan RM 250.00 buat pengundi-pengundi di luar Galas untuk pulang ke kampung untuk mengundi, ini adalah satu lagi usaha terdesak untuk "membeli" undi orang Asli???

Mengapa Pas nak takut..... Bukankah seperti yang mereka selalu dakwa, semua pengundi-pengundi telah menolak Umno/BN, jadi mengapa perlu mereka mengambil semua langkah-langkah drastik tersebut?

Ataupun adakah selama ini strategi sebegini sememangnya telah diamalkan oleh Pas tetapi mereka sengaja menuduh BN yang melakukannya demi untuk mengelakkan perhatian masyarakat tentang "taktik kotor" mereka???



1 comment:

  1. Dengan melayupun Nik Aziz boleh dungukan ni plak ngan orang asli lg senang...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.