5 Nov 2010

Belumpun Sembuh Demam Cacar, Najib Dimasukkan ke Hospital Kerana Gastrik & Ulser Pula???

PM dimasukkan HKL untuk pemeriksaan lanjut

November 05, 2010

KUALA LUMPUR, 5 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur di sini malam tadi untuk pemeriksaan lanjut selepas beliau mengalami rasa tidak selesa dalam perut, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau (gambar) berkata dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi bahawa endoskopi telah dilakukan ke atas Najib dan ia menunjukkan ulser dan gastritis ringan.

“Beliau telah mula diberi rawatan dan keadaannya beransur baik,” kata Dr Mohd Ismail, dan menambah perdana menteri dijangka berada di hospital beberapa hari lagi. —Bernama


Komen Isac;

Lepas satu-saru musibah yang menimpa beliau... Begitulah pemimpin utama kita, walaupun difitnah, dicerca dan dikeji tidak henti-henti oleh Pakatan dan kuncu-kuncu mereka, DSN telah cuba memberikan perkhidmatan yang optimum dan sanggup mengenepikan kesihatannya sendiri demi untuk memberikan rakyaat yang terbaik.

Beliau tetap bekerja di rumah walaupun diserang demam cacar, sementara penyakit gastrik yang biasanya dikaitkan dengan tabiaat kurang menjaga "waktu" makan akibat terlalu kuat bekerja. Apa tidaknya bukan mudah untuk mentadbir dan memerintah dengan baik...

Pastinya waktu bekerja yang panjang dan jadual harian yang begitu padat sehingga waktu makan dan tidurpun sering kali terabai....

Beliau sememangnya seorang PM yang kuat bekerja dan berdedikasi, jestru tidak hairanlah jika rakyaat di Batu Sapi dan Galas juga telah sedar akan perkara ini dan kembali menyokong Umno/BN.

Bayangkan orang yang selalu menuduh DSN yang bukan-bukan hidup dengan penuh kemewahan, dapat makan karipap daging walaupun berada di luar negara dan dapat minum air kopi yang dibancuh oleh "budak kopi peribadi"  di mana jua berada..... Jaga badan betul....

Penulis doakan DSN cepat sembuh, amin...

4 comments:

  1. moga PM kita cpt sembuh...
    amin

    ReplyDelete
  2. Najib kerja keras... kesian. Kita perlu bantu beliau...

    ReplyDelete
  3. Kalu di beri pilihan samaada memilih kekayaan dan kesihatan,aku tetap memilih kesihatan yg baik agar dapat aku mencari kekayaan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  4. Semoga PM sembuh segera, Amin!

    Kita manusia biasa, tentu kita sakit sebab sihat lawannya sakit!

    Bila sakit kita berubat, Allah akan sembuhkan InsyaAllah.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.