10 Nov 2010

YB Pas Bela Anak Orang Islam, Boleh Makan Babi di Sekolah ???

Kerana isu babi, MP PAS diarah keluar Dewan

S Pathmawathy
Nov 10, 10. 1:46pm

Ahli parlimen PAS Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad hari ini diarahkan keluar dari Dewan Rakyat kerana menimbulkan ketegangan berhubung identiti seorang pelajar lelaki yang dirotan kerana membawa nasi dengan daging khinzir goreng dan sosej yang tidak halal.

Dzulkefly (atas, tengah) yang berang dengan hujah yang ditimbulkan oleh Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) bahawa bapa budak berkenaan beragama Islam.

Justeru, “tidak wajar” bagi seseorang Islam membawa makanan “haram” ke sekolah.

“Jika bapa budak itu beragama Islam, maka sewajarnya budak itu juga semestinya beragama Islam,” kata Zulkifli.

Namun, menurut Dzulkefly, isu yang dibangkitkan bukan berhubung indentiti agama pelajar berkenaan tetapi tindakan pihak sekolah yang menghukum budak lelaki itu dengan merotannya.

Zulkifli kemudian berkata "inilah PAS menggalakkan anak Muslim makan babi".

Kenyataan itu telah mencetuskan ketegangan di Dewan Rakyat dengan Dzulkefly terus membidasnya dengan berkata: "Inilah amalan agama yang paling sempit".

Meskipun diarahkan oleh timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Jaafar, supaya berhenti bertengkar dan duduk, namun Dzulkefly terus membidas bekas ahli parlimen PKR.

Wan Junaidi kemudian mengarahkan supaya Dzulkefly keluar dewan sehingga waktu makan tengahari berahir pada jam 2.30 petang ini.



Komen Isac;

Berat topik ni... Penulis tak nak menuduh siapa-siapa... Kepada sesiapa yang ada maklumat yang terperinci boleh lah kita kongsi bersama...


Kalau berpandukan kepada artikel di atas... Berat tu... Seorang budak, anak orang Islam.... telah membawa bekalan makanan yang tidah halal (bahkan najis mughalazah) ke sekolah dan beliau telah dirotan.... Tetapi anak ini dibela pula oleh YB Pas, atas dasar "hak kebebasan"....

Jangan ada yang ditangkap khalwat pun....Ada parti Islam pulak yang bela nanti sudahlah.... Kerana dalam kes khalwat pun jika "anutan" agama individu terlibat bukan persoalan.... Kita sebenarnya tidak mempunyai kes!!!


Sebagainya contoh, jika pasangan berkhalwat adalah di antara gadis Islam dan lelaki bukan Islam, lelaki yang bukan Islam akan "terlepas" dengan senyuman penuh bangga kerana cuma gadis Islam sahajalah yang bakal didapati bersalah dan dihukum. Jika anutan agama bukan persoalan.... Maka kedua-duanya boleh tersenyum bangga... Yang kelihatan bodoh adalah Pejabat Agama dan Mahkamah Syariah..












8 comments:

  1. Babi pun dah halal ker ?10 November 2010 at 16:11

    Patut bapaknya dirotan sekali !

    ReplyDelete
  2. Anon....

    YB Pas ni pun kena hantar ke sekolah untuk dirotan sekali!!!

    ReplyDelete
  3. Bila Guru Besar dan Guru Disiplin X garang.... "Produk" yang dikeluarkan oleh sekolah standard mcm YB Pas ni lah....

    Maaf ya YB...kasar sikit...

    ReplyDelete
  4. nie kena tanya khalid samad...

    ReplyDelete
  5. Ingat tak kisah Umi adik assmin yang kantoi anwar liwat azizan, driver azizah? Bapa budak ini ialah Baginda yang menjadi saksi dalam kes liwat anwar. Dia claim pernah tidur ngan Umi di london, benar atau tidak, no body knows. Banginda ini, ISLAM dalam semua pilihan raya yang dia sertai. Islam pilihan raya, katakan! Tak taupun, anak Banginda yang dimaksudkan itu, islam atau tidak, memandangkan emaknya bukan islam. Soooooooo, fikir-fikirlah sendiri

    ReplyDelete
  6. die ni islam liberal la.. ape ke bongok sgt nak putar belit.. die kate isunye bukan agame budak tu tp isunye budak tu dirotan sebab bawak babi kesekolah.. sibongok tu xpaham yang bdak tu kene rotan sebab bdk tu islam tp bwk babi kesekolah..kalo bdk tu cine ke india ke komfem2 cikgu wat xtau tp masalahnye budak tu islam..cthnye org islam kene tangkap sebab xpuase dibulan ramadhan and sibongok tu cakap isunye bukan agame org yg kene tangkap tu tp isunye kebebasan utk makan kat mane2 so xble tangkap org tu.. harap2 korang faham kiasan aku.. tq

    ReplyDelete
  7. BETUL BRO. INI KES BERAT. ANAK MUSLIM MAKAN BABI. MELAYU KE? MAK BAPAK MELAYU KE? SEKOLAH MANA? DI MANA? KESUDAHANNYA MCMANA?

    ReplyDelete
  8. http://srkriger.com/blog/?p=907
    Why I Don’t Eat Pork
    October 18th, 2009
    I don’t eat pork. (You probably guessed that from the title.) Not only do I not eat pork, I don’t eat other products derived from pigs, including bacon, lard, and gelatin, or any sort of food containing those items.
    Up until now, if you’d asked me why not, I’d shrug and explain: I’m Jewish. I grew up in a Jewish household and went to a Jewish school for my entire childhood. It’s never really been an issue – the same way that not eating insects has probably never really been an issue for most Canadians.
    But that’s not good enough.
    The religious reason Jews don’t eat pork is because it’s outlined very clearly in Vayikra (Leviticus) that pigs are not kosher – that is, legal to eat. The Torah specifies pigs in part to avoid confusion: any land animal that both chews its cud and has a split hoof is kosher. Pigs have split hooves, but they don’t chew their cud. So even though they’re not kosher, you can see how an error might be easy.
    The reason pigs aren’t kosher? Well, that’s a tougher question. It’s often suggested that there was a logical reason behind pigs being unkosher: pigs are prone to host parasites such as tapeworms, and if they or their eggs are consumed in improperly cooked pork, these parasites can take residence in humans. Usually, the person offering this explanation goes on to argue that such a reason was valid only in Biblical times, when people lacked the technology to ensure pork could be safely consumed, and this being the case, there’s no reason why the law shouldn’t be struck from the books.
    But this isn’t the reason Jews are prohibited from eating pork. I know because we used to suggest it in Torah class to our teacher, the rabbi, and he would explain that, yes, that reason made sense, in a limited way, but we shouldn’t presume to know the mind of G-d. If G-d meant that it was OK to eat pigs as soon as we developed tools to make sure their meat wouldn’t harm us, G-d could have written that. And why would G-d make pigs unkosher but not other species equally prone to carry disease?
    In the end, we were taught, although one can come up with logical reasons for many mitzvot (Biblical commandments), one can’t assume that our understanding of the law is the same as G-d’s, or even that G-d has the sort of reason we’d consider to be logical. The point is, obeying G-d’s laws isn’t supposed to be the same as obeying a doctor’s advice.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.