17 Nov 2010

Jambatan Orang Asli Runtuh!!! Siapa Yang Nak Bantu???

Jambatan runtuh paksa Orang Asli harungi sungai
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JambatanruntuhpaksaOrangAsliharungisungai/Article

2010/11/16

 Gambar Hiasan
GUA MUSANG: Seramai 400 penduduk Orang Asli di beberapa penempatan di sini kini berdepan dengan kesulitan apabila jambatan kayu gantung di kawasan mereka runtuh dilanda banjir lumpur, empat hari lalu.

Berikutan kejadian itu, kebanyakan penduduk dari Kampung Pos Brooke Lama, Kampung Liak dan Kuala Renggil, terpaksa berulang-alik untuk menghantar dan mengambil anak mereka di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Brooke dengan mengharungi Sungai Belatok.
Mereka merayu kerajaan supaya mengambil tindakan segera membaiki jambatan gantung yang runtuh itu kerana bimbang keselamatan anak mereka yang kini menaiki perahu dan sampan untuk ke sekolah.
Seorang bapa, Ronggen Alang, 51, berkata air sungai naik mendadak disebabkan banjir lumpur yang dipercayai berpunca dari hakisan akibat penerokaan tanah selain hujan lebat selama lebih enam jam di kawasan mereka.

"Banjir lumpur itu memang menakutkan semua penduduk. Pada 11 malam kejadian bunyi air sungai yang amat kuat dan ia memusnahkan jambatan gantung yang menjadi perhubungan penting penduduk dari tiga kampung berdekatan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Ronggen berkata, tidak ada rumah penduduk yang tenggelam kerana masing-masingnya berada di tempat tinggi dan selamat.

Raefaah Salam, 43, berkata, sejak jambatan gantung itu runtuh, penduduk terpaksa mengharungi sungai yang arusnya deras. - BERNAMA 
Komen Isac;

Tak kan masa mengundi aje mereka ini mahu kita lawati??? Tak ada ke duit zakat yang boleh digunakan untuk membantu mereka??? Bagaimana pula dengan bantuan bencana dari kerajaan pusat?


2 comments:

  1. Ha..ha...ha... duit zakat juak-juak PAS dikira hisabnya setiap kali ada pilihan raya je... nasiblah wahai masyarakat Asli kat Pos Brooke...

    Harap-harap YB baru Galas dapat membuat sesuatu bagi meringankan beban.... mintak dulu dengan kerajaan negeri, kalau tak boleh juga, mintak dengan taukey-taukey balak dan sayur dari Singapura tu...

    ReplyDelete
  2. Harap harap diadakan PRK, tentu banyak masuk Projek Mee Segera, bukan lagi Jambatan Kayu dibuat, silap silap Jembatan Besi dibuat kalau ada PRK.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.